Sultan Perak Pangku Jawatan Yang Di Pertuan Agong

TERKINI
January 07, 2019 - 03:54 PM


Semalam, seluruh negara dikejutkan dengan perletakan jawatan Sultan Muhammad V sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-15 berkuatkuasa serta merta. Perletakan jawatan Sultan Muhammad V dimaklumkan melalui satu kenyataan media istana oleh Datuk Pengelola Bijaya Diraja, Datuk Wan Ahmad Dahlan Ab Aziz.

Ini merupakan kali pertama dalam sejarah Malaysia, Yang di-Pertuan Agong meletakkan jawatan. 

Hari ini, berlangsungnya mesyuarat Majlis Raja-raja untuk memutuskan YDPA yang baru dan keputusan mesyuarat adalah Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah dilantik sebagai pemangku Yang di-Pertuan Agong bagi mengsisi kekosongan jawatan Yang di-Pertuan Agong.

Yang di-Pertuan Agong akan dipilih oleh Majlis Raja-raja menurut kaedah dan cara yang ditetapkan

Menurut pelembagaan, sekiranya kekosongan berlaku kepada jawatan YDPA dan TImbalan YDPA, urusan pemilihan perlu dibuat tidak lewat daripada empat minggu dari tarikh berlaku kekosongan.

Sehubungan itu, mesyuarat yang dihadiri enam daripada Sembilan Sultan dan Raja di Istana Negara pagi tadi telah bersetuju dan menetapkan tarikh bagi mengadakan mesyuarat khas bagi memilih Yang di-Pertuan Agong ke-16.

Sultan-sultan yang hadir mesyuarat pagi tadi ialah Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Syed Putra Jamalullail; Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin; Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir; Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar; Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah dan Sultan Kedah, Sultan Sallehuddin Shah.

Menurut sumber dari Sinar Harian, butiran lanjut mengenai mesyuarat tersebut akan dimaklumkan oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Tan Sri Syed Danial Syed Ahmad.