Juara Dewi Remaja Mungkin Ditarik Balik, Ibu Haneesya Hanee Tampil Jelaskan Kontroversi

TERKINI
January 16, 2019 - 05:42 PM


Semalam kecoh oleh makcik-macik bawang Malaysia tentang video yang dikatakan tular di media sosial yang mirip Juara Dewi Remaja 2018 yang katanya sedang menenguk minuman keras di salah sebuah kelab malam.

Di sebabkan itu, instagram Remaja juga telah diserang oleh netizen untuk tindakan lanjut diambil mungkin dengan menarik balik gelaran yang diberikan sebagai Juara. 

Panas! Gelaran Dewi Remaja 2018/2019 Haneesya Hanee Ditarik Semula

Namun begitu, bagi pihak Dewi Remaja perkara ini masih lagi di dalam siasatan dan tindakan yang sewajarnya akan dikenakan jika didapati bersalah. Salah satu hukuman mungkin gelaran dewi remaja akan di tarik balik. Itu kata Netizen. 

Haneesya Hanee juga dikatakan masih lagi membisu tanpa mengeluarkan sebarang kenyataan, Biasalah, masa-masa ini eloklah tutup mulut dulu. Kalau buka memang mintak netizen memaki.

Walaubagaimanapun, ibu Haneesya Hanee tampil memberi kenyataan di Facebooknya tentang apa yang berlaku. Kenyataan yang boleh dikatakan menegur anaknya iaitu Haneesya Hanee seolah-olah mengiyakan dakwaan bahawa ianya adalah betul.

Apapun kami tabik dengan ibu Haneesya Hanee yang memberi teguran berani di media sosial dan ditujukan kepada anaknya.