Senarai 5 Artis Malaysia Dahulu Bertudung Sekarang "Free Hair"

TERKINI
February 11, 2019 - 09:45 AM


Kisah artis buka tudung dan bertudung ini memang sentiasa menjadi bualan netizen. Terbaru Emma Maembong yang telah membuat keputusan untuk membuka hijabnya menggemparkan dunia hiburan. Ramai yang tidak menyangka keputusan Emma untuk kembali "Free Hair" dan pastinya ia membuat peminatnya berasa kecewa. Namun segalanya terletak kepada diri Emma sendiri.

Sebelum isu Emma membuka tudung, jom kita singkap kembali 4 lagi artis wanita Malaysia yang mengambil keputusan untuk kembali tidak bertudung.

Uqasha Senrose

Aktres ini mula berhijab pada tahun 2014 tapi sayangnya bertahan selama 3 tahun sahaja. Alasan buka tudung adalah tidak mahu hidup dalam kepura-puraan lagi.

Sara Ali

Sara antara artis yang boleh dikatakan underground. Keputusannya mengenakan hijab agak mengejutkan namun, pada tahun 2017, Sara dikatakan tidak mahu hipokrit lagi dan mengambil keputusan membuka tudung. 

Nina Iskandar

Pelakon kelahiran Brunei ini dah lunyai kena hentam kerana ambil keputusan tak mahu lagi berhijab pada Mei 2015.

Ira Mohd Amin

Ira merupakan seorang penyampai radio Era satu ketika dahulu. Di awal kemunculannya Ira begitu manis mengenakan hijab, namun pada tahun 2016 Ira mengambil keputusan untuk tidak lagi bertudung sehingga sekarang.