“Saya Mohon Maaf Nyanyikan Lagu Si Nopal, Saya Minta Semua Hentikan Lah” – PU Azman
TERKINIPendakwah terkenal, Pencetus Ummah (PU) Azman dalam satu video di Instagram meminta netizen berhenti menyanyikan lagu Si Nopal yang viral tersebut.
Sebenarnya, ada perkataan yang ‘kurang enak’ dalam lagu Si Nopal, animasi dari Indonesia. Perkataan yang dimaksudkan adalah bahenol.
Menurut penjelasan PU Azman, beliau pun terkhilaf dan memohon maaf kerana tidak mengetahui maksud bahenol. Selepas mengetahui maksud bahenol tersebut, PU Azman meminta netizen berhenti menyanyikan lagu tersebut.
Kalau nak diikutkan, perkataan tersebut membawa maksud yang ditujukan pada tubuh badan dan sebenarnya agak lucah. PU Azman kesal kerana terkena tempias viral Si Nopal tanpa mengetahui asal usul dan maksud perkataan-perkataan yang dinyanyikan.
Tambah PU Azman, video nyanyian Si nopalnya telah didelete setelah mendapat teguran dari netizen sambil memohon maaf dan menyaran semua supaya berhenti menyanyikan lagu berkenaan. Walau bagaimanapun, PU Azman ada memuat naik satu video penerangan berkenaan maksud lain Bahenol yang positif. Bahenol disini dikatakan bermaksud berkhemah.
Dengar penjelasan PU Azman