Munchkin Cat – Fakta Menarik Tentang Kucing Kontot Pendek Yang Comel Ini!
GAYA HIDUPDengak kaki yang lebih pendek berbanding kucing biasa, badan yang panjang, kucing Munchkin selalu jugak disamakan dengan baka anjing Dachshund.
Walaupun kurang pemiliknya di Malaysia, kecomelan kucing Munchkin ni tak dapat dinafikan lagi. Rasa macam nak gigit-gigit je kalau jumpa. Munchkin ni boleh dikatakan baka kucing paling cantik dan comel di dunia.
Ini ada beberapa fakta menarik pasal kucing Munchkin.
#1. Baka Munchkin Terhasil Dari Mustasi Genetik
Sama seperti beberapa baka ‘rare’ di dunia macam Manx ataupun Cornish Rex, baka Kucing Munchkin terhasil daripada mutasi genetic secara spontan. Kakinya yang pendek sebenarnya disebabkan genetic autosomal dominant yang membuatkan kaki munchkin ini bertumbuh lebih pendek berbanding baka-baka lain.
Namun, pembiakan kucing Munchkin TIDAK DIGALAKKAN kerana sekiranya embrio yang dibawa mempunyai kedua-dua genetik sama dari ibu bapanya. Tetapi, kucing Munchkin ini boleh dibiakkan dengan baka lain yang mempunyai kaki yang panjang.
#2. Asal Usul Nama Munchkin
Setakat ini, asal usul nama ‘munchkin’ tersebut tidak diketahui. Apa yang ada hanyalah teori yang mengatakan ianya diambil sempena watak munchkin dalam cerita The Wizard of Oz.
Satu teori lagi, pertama kali baka ini diperkenalkan pada dunia dalam rancangan Good Morning America, Pflueger (pemilik pertama kucing Munchkin) dengan sepontan memberitahu nama baka ini adalah ‘Munchkin’ sebagai penghargaan kepada filem klasik dan novel Wizard of Oz.
#3. Baka Munchkin Yang Penuh Kontroversi
Baka Munchkin pertama kali diperkenalkan pada tahun 1991 dalam sebuah rancangan televisyen berkenaan kucing yang ditaja oleh TICA. Pada tahun 1994, baka ini mendapat pengiktirafan oleh TICA dan diterima masuk sebagai program pembangunan baka baru TICA.
Sehingga kini, masih ada yang tidak bersetuju dan menanggap penghasilan baka ini adalah sesuatu yang tidak beretika kerana ia adalah ‘kecacatan’ yang disengajakan.
Disebabkan kontroversi ini, Cat Fanciers Association (CFA) dan ACFA tidak mahu menerima Munchkin sebagai salah satu baka kucing.
#4. Baka Yang Mempunyai Masalah Kesihatan
Walaupun cara berjalan yang kelakar dan kesukaran untuk melompat, baka Munchin adalah baka yang sihat. Ia mampu hidup selama 12 hingga 15 tahun.
Namun, ada banyak kes anak-anak kucing Munchkin ini akan menghidap penyakit lordosis iairu pertumbuhan otot tulang belakang yang pendek. Ini menyebabkan tulang belakang kucing akan membengkok ke bahagian badan dan ada sesetengah kes, menyebabkan kematian.
#5. Baka Munchkin Mempunyai Banyak Variasi Warna dan Corak
Salah satu ciri terpenting baka munchkin ini terletak pada kakinya, lebih pendek berbanding kucing biasa dan mempunyai panjang badan yang sama dengan kucing lain.
Walaupun begitu, kucing jenis Munchkin ini tetap berkelakuan seperti seekor kucing biasa dan mempunyai pelbagai variasi warna, corak dan ketebalan bulu.
#6. Seekor Munchkin Memegang Rekod Kucing Paling Pendek
Pada tahun 2013, Guiness World Record mengesahkan; Lilieput, seekor tortoisehell munchkin dari Napa, California sebagai kucing paling pendek yang masih hidup di dunia.
Lilieput hanya berketinggian 5.23 inci dari bahagian kaki hingga bahu. Tak sampai satu pembaris pun saiznya.