Lemang Nasi Arab – Inovasi Resepi Arab & Melayu





Kalau orang Melayu selalu buluh dibuat masak lemang atau di Sarawak diisi dengan ayam pansuh.

Tapi sebuah restoran milik pengasas sekolah tahfiz di Kajang, Selangor tampil dengan kelainan apabila membakar Nasi Arab yang dimasak dengan resepi tradisi Timur Tengah ke dalam buluh.

 

Menu unik itu adalah cetusan idea dan inovasi Chef Ustaz Sheikh Lokman Shazly Zaharin.

Nasi Arab yang dimasak dengan beras basmathi bersama perapan daging kambing atau ayam itu akan dibalut menggunakan daun pisang sebelum dimasukkan dimasukkan ke dalam buluh.

Kemudian, ia dibakar di atas api bagi menghasilkan aroma dari buluh dan daun pisang agar menyerap ke dalam Nasi Arab serta menambahkan keenakkannya apabila dimakan panas-panas.

Menurut Ustaz Sheikh Lokman, stok buluh segar yang digunakan pula dicari di dalam hutan sekitar Hulu Langat.

Hidangan Lemang Nasi Arab tersebut didatangkan bersama sup, sos arab dan juga salad bagi melengkapkan rasanya.

Jadi, pada sesiapa yang inginkan kelainan dalam menikmati Nasi Arab bolehlah berkunjung ke restoran ini yang terletak di bawah bangunan Akademi Darul Huffaz International Tahfiz & Science Academy Malaysia, Taman Putra Kajang.

Istimewanya jika kita makan di sini, selain perut kenyang, kita juga dapat berbuat amal jariah kerana keuntungan restoran tersebut 100% disalurkan untuk menampung keperluan pelajar-pelajar tahfiz di akademi berkenaan.

Ala-ala makan sambil menderma gitu. Best, kan!