Jenis-Jenis ‘Aliff’ Di Malaysia Yang Korang Kena Tahu!

TERKINI
February 28, 2019 - 10:54 AM


Semalam disebabkan kes kantoi curang 2.0 dengan isteri, nama Aliff Aziz dah trending kat media sosial.

Tapi yang kelakar bukan Aliff tu je yang trending, malah ‘Aliff-Aliff’ lain turut terkena tempiasnya.

So kat sini, Rileklah nak bagitahu korang jenis-jenis ‘Aliff’ yang ada di Malaysia.

Lepas ni jangan keliru lagi tau! Hehehe…

 

#1. Aliff Aziz

Penyanyi dan pelakon kelahiran Singapura, lelaki yang mencurangi isterinya dengan pelakon wanita lain, seorang ayah kepada anak lelaki dan suami kepada Bella Astilah.

Boleh terserempak dengan dia kot kalau pergi kelab malam atau pusat karaoke...hehehe

 

#2. Alif Satar

Pelakon, penyanyi dan pengacara kelahiran Malaysia yang sangat berbakat besar, suami yang romantik dan setia serta ayah kepada 2 orang anak perempuan. 

Boleh nampak wajahnya selalu dalam TV masa siaran langsung solat Jumaat. Hehehe.... 

 

#3. Aliff Syukri

Seorang usahawan yang terlajak kaya, suami yang penyayang tapi kadang-kala suka melakukan perkara yang mengundang kecaman netizen.

 

#4. Alif Sleeq

Penyanyi rap dan bekas pasangan duo kumpulan Sleeq yang juga kelahiran Singapura. Seorang suami yang penyayang walaupun tinggal berjauhan dengan isteri dan anak perempuannya.

 

#5. Alif Ba Ta

Huruf pertama dalam abjad Jawi dan bukan suami sesiapa…hahaha…jangan marah ekkkk!

 

Kesimpulannya, jangan kerana nila setitik habis rosak susu sebelanga.

Jangan kerana seorang Aliff, habis Aliff-Aliff yang lain terpalit sama dengan kontroversi.

 

Bersabarlah wahai Encik-Encik Aliff sekalian!

p/s: Wanita kat luar sana kalau boleh elakkan kahwin dengan lelaki macam 'Aliff Aziz' dan pilih yang macam 'Alif Satar' tapi dengan poket yang macam 'Aliff Syukri'...hahaha