Aliff Aziz Kantoi Curang Lagi! – Dedah Isterinya, Bella Astillah

TERKINI
February 27, 2019 - 02:34 PM


Hari ini, dunia hiburan dikejutkan lagi dengan kisah kecurangan 2.0 pelakon dan penyanyi kelahiran Singapura, Aliff Aziz.

Hal ini didedahkan sendiri oleh isterinya, Bella Astillah menerusi posting di Instagram beliau.

Menurut Bella, suaminya buat hal lagi dengan seorang heroin yang berlakon bersama Aliff dalam sebuah telemovie.

Katanya, 2 hari sebelum habis penggambaran telemovie tersebut, Aliff berkelakuan aneh apabila dikatakan menukar password telefonnya bagi mengelak Bella membaca perbualan Whatsapp bersama heroin itu,

Tidak sedap hati dengan perkara tersebut, Bella memaklumkan yang dia ada solat dan memohon petunjuk daripada Allah tentang rumahtangganya.

Tanpa disangka, tidak lama kemudian ada seorang wanita yang DM Instagram beliau untuk memberitahu bahawa dia terserempak suaminya dengan heroin berkenaan di sebuah kelab malam.

Namun, identiti wanita itu dirahsiakan oleh Bella.

Dalam pada itu, heroin yang dikaitkan dengan Aliff merupakan seorang pelakon baru bernama Oktovia Manrose menafikan bahawa bukan dia dan Aliff sahaja berada di tempat kejadian ketika itu.

Tambahnya, dia keluar dengan Aliff sebagai seorang kawan dan meminta Bella membuktikan tuduhan tersebut sekiranya benar.

Dan tanpa menunggu lama, Bella membalas kenyataan Oktovia itu dengan memberitahu bahawa dirinya memiliki 3 video sebagai bukti.

Penyanyi yang terkenal dengan lagu Sayang, Sayang ini dulu juga pernah menimbulkan kontroversi bersama aktres, Afifah Nasir apabila kantoi di sebuah pusat karaoke.