"Dia Curang Ke Tak Ni?" - Netizen Hairan, Didakwa Curang Namun Hafidz Roshdi Tenang Buat Live

TERKINI
February 17, 2023 - 11:42 AM


Sekarang memang musim curang ke? Itu yang meniti di mulut netizen bila bercakap pasal industri hiburan negara ketika ini. Baru-baru ini, kecoh apabila hero kacak Hafidz Roshdi didakwa curang

Isu menjadi lebih panas apabila isteri Hafidz Roshdi memaklumkan menerusi Instagram di mana beliau kecewa dengan sikap yang ditunjukkan Hafidz Roshdi.

Bukan itu sahaja, wanita tersebut dikatakan berani untuk hadir ke rumah serta kerap mesej bersama Hafidz Roshdi. Malah, tular perbualan menerusi aplikasi WhatsApp di mana Hafidz Roshdi turut meminta gambar wanita tersebut atas alasan rindu.

Situasi yang berlaku bukan sahaja mengundang marah isteri Hafidz malah turut mendapat perhatian netizen di mana mengaitkan kes Hafidz Roshdi seakan sama dengan Syamsul Yusof dan juga Aliff Aziz.

Meskipun menerima kecaman yang hebat daripada netizen, Hafidz Roshdi pada beberapa yang jam yang lalu seolah selesa membuat TikTok Live untuk bersembang bersama para peminat.

@hannana70 Kita kena prank ke ni geng? 😂🤣 papepun doakan yang baik2 je lah okey. #hafidzroshdi #curangsatupilihan #setia #hatihati ♬ original sound - Hanna Dahlia

Meraih lebih 12 ribu tontonan semasa berikutan nama beliau yang menjadi sebutan ramai, tindakan Hafidz Roshdi yang ketawa sambil memandang isterinya dengan penuh selamba seolah memberi gambaran situasi yang berlaku hanyalah sekadar gimik.

Destination: