Muji Hotel Ginza – Hotel Dengan Gaya Minimalis Daripada Muji





Bila sebut pasal konsep minimalis, reka bentuk yang ‘up-to-date’, nama Muji pasti masuk dalam senarai. Terkenal dengan produk dan barangan yang menepati citarasa pengguna moden masa kini, Muji membawakan konsep yang sama dalam perniagaan hotel milik mereka.

Selepas cawangan pertama dibuka di Shenzen pada awal tahun 2018, Muji meluaskan lagi dengan pembukaan cawangan kedua di Beijing dan untuk cawangan ketiga ini, mereka memilih ‘home’ mereka sendiri iaitu di Ginza, Tokyo.

Dibuka pada 4 April yang lalu, Muji memilih Tokyo disebabkan statusnya sebagai pusat beli belah, restoran dan hiburan di Jepun. Menariknya, Hotel Muji ini memfokuskan kepada golongan pertengahan, lain daripada kebanyakan hotel yang memilih untuk mendirikan hotel lima bintang atau mewah.

Dipasarkan sebagai “anti-gorgeous dan anti-cheap”, hotel Muji di Ginza ini menawarkan gaya yang minimalis dengan menggunakan kesemua produk daripada Muji sendiri. Selain dihiasi dengan produk sendiri, bilik hotel Muji di Ginza ini mengetengahkan elemen ‘kayu, batu dan bumi’ serta menumpukan bahan kitar semula.

Mempunyai 79 buah bilik, tetamu boleh memilih daripada Sembilan jenis suite. Muji Hotel Ginza ini merangkumi kedai Muji utama, restoran dan juga bar. Harga bilik disini bermula daripada 14,900 yen ataupun RM550 untuk satu malam.

Selain mengetengahkan produk keluaran Muji sendiri, setiap bilik dimasukkan elemen moden yang mana suhu, lampu dan pelbagai lagi dikawal menggunakan tablet yang disediakan dalam setiap bilik dan jangan terkejut, hotel ini sebenarnya terletak dalam salah satu flagship store Muji juga. Kedai berada di tingkat 1 hingga 6, tingkat 7 ke atas adalah hotel.

Alamat : 3-3-5, Ginza, Chuo-ku, Tokyo, Japan

Sumber : Website | Muji Hotel 

12 Tarikan Dan Aktiviti Menarik Di Toyama, Jepun

Bercuti Ke Busan, Confirm Tak Bosan!

;