Gunung Agung Meletus Lagi, Kawasan Sekitar Masih Tahap Bersiap Sedia

TERKINI
April 22, 2019 - 11:44 AM


Gunung Agung di Bali sekali lagi Meletus dan kali ini mengeluarkan abu panas sehingga 5.1 kilometer dari paras laut.

Letusan Gunung Agung yang terbaru ini berlaku kira-kira jam 3.21 pagi waktu tempatan semalam dan berlangsung kira-kira 2 minit 55 saat menurut laporan daripada Pusat Vulkanologi dan Mitigasi Bancana Geologi Indonesia (PVMBG).

Walaupun telah berlaku letusan, agensi tersebut meletakkan Gunung Agung pada keadaan tahap tiga ataupun masih di tahap bersiap sedia kemungkinan letusan-letusan kecil turut berlaku.

Buat masa ini, masyarakat tempatan dan juga pelancong yang ada di Bali dinasihatkan tidak melakukan aktiviti dalam lingkungan 4kilometer dari kawasan puncak Gunung Agung.

p/s: Doakan yang baik-baik saja pada penduduk Bali dan pelancong yang ada disana. Harap semuanya selamat

Destination: