Lokasi Bazar Ramadan ‘Power’ Sekitar Petaling Jaya 2019!

FOODIE
May 07, 2019 - 03:59 PM


Semalam kami ada kongsikan senarai bazar Ramadhan sekitar Selangor dan Kuala Lumpur, tinjauan kami semalam, rata-rata bazar dah mulai penuh dengan orang, paling hebat semestinya di Kampung Baru.

Setiap tahun, majlis perbandaran tempatan akan menyediakan kawasan khas untuk peniaga-peniaga bazar Ramadan ini. Ini selepas mengambil kira faktor lalu lintas, kebersihan dan sebagainya.

Dalam banyak-banyak daerah, boleh dikatakan yang paling ‘power’ ada di Petaling Jaya.

Berikut adalah senarai Bazar dan jumlah tapak yang dibenarkan oleh MBPJ.

Credit : The Star

Kalau ikutkan, paling panjang berada di SS601, Kelana Jaya dengan 250 buah tapak perniagaan, kedua di Vista Business Centre, Damansara Damai dan diikuti oleh Tapak Pasar Malam Taman Medan di PJS 2D.

SENARAI BAZAR RAMADAN SEKITAR SELANGOR DAN KL 2019