Berbuka Puasa Dengan Ikan Bakar Serendah RM11.90 Sahaja Di Restoran MaiTrai Kinrara Puchong

FOODIE
May 17, 2019 - 04:14 PM


Buat warga Puchong dan sekitarnya jika anda masih lagi tercari-cari tempat untuk berbuka puasa bersama keluarga atau kawan-kawan, apakata singgah sahaja di restoran Ikan Bakar MaiTrai yang terletak di Bandar Kinrara Puchong. 

Lokasinya yang tidak jauh dari Bandar Puchong dan mempunyai ruang parking yang banyak, pastinya ia tidak akan memeningkan kepala anda untuk menikmati hidangan berbuka puasa.

Menu yang dihidangkan juga mempunyai banyak pilihan dan cukup sinonim dengan menu di bulan puasa. Ikan Bakar di bulan puasa memang kena dengan selera melayu kita. Ada pelbagai pilihan jenis-jenis ikan mengikut citarasa pelanggan. Antara ikan yang sempat kami order tempoh hari adalah Ikan Talapia dan Ikan Pari Bakar. Dihidangkan bersama dengan sambal tersendiri membuatkan ikan bakar ini begitu sedap dimakan di kala perut yang sedang membuak kelaparan. 

Sempena bulan Ramadan ini, menu ikan bakar hadir bersama set Combo. Ada 3 jenis set combo untuk anda pilih antaranya adalah:

Set Dulang Nasi Tomato

Set ini sesuai dimakan untuk 2-4 orang. Dalam set ini juga akan dihidangkan Nasi Tomato bersama daging masak merah, daging dendeng, bergerdil, papadom, jelatah, bubur haarian special dan kuih muih. Manakalah untuk air pula hadir bersama air bandung atau pun air mata kucing.

Set Dulang Ikan Bakar

Bagi mereka yang teringin untuk berbuka puasa ikan bakar boleh juga memesan set dulang ikan bakar. Kalau datang berdua pun pesan set ini dah cukup kenyang dah. Khas untuk bulan Ramadan sahaja. Bagi siapa yang tak makan ikan sungai (ikan talapia) boleh request untuk tukar kepada ikan lain. kalau boleh sebelum membuat tempahan tu eloklah bagitau siap-siap nak tukar ikan. 

Set Dulang Shell Out

Kaki seafood ini untuk anda. Hidangan yang lengkap dengan lala, sotong, ketam perghh memang membuka selera betul. Set ini juga datang bersama nasi, kuih muih dan juga air sirap bandung dan air mata kucing. 

Selain itu ada juga set ikan kembong bakar dan pari bakar.

Selain nasi set ini ada lagi menu lain untuk anda cuba. Ada Nasi Lemak Ayam Berempah. Ini pun sedap juga. Ayam besar, sambal dia pun sedap. Order yang ni pun dah kenyang dah.

Bagi mereka yang berbuka tanpa nasi, korang boleh cuba Bihun Sup Utara ataupun Laksa Utara. Bagi yang suka pedas boleh tambah cili potong atau sambal yang disediakan. Laksa dia power, kuah pekat, sedap merecik hawau.. Harga RM5.90 sahaja kalau tak silap aku.  

Saya dah Trai, anda bila lagi? Menu pilihan saya Nasi Tomato dan Shell Out. 4/5 bintang kami bagi. Layanan terbaik, staff mesra dan ada disediakan tempat solat. Maklumlah biasa buka puasa ni lama, lepas makan boleh solat sekejap lepas tu sambung makan lagi.

Sempena bulan Ramadan ini juga, Restoran MaiTrai ada promosi hebat untuk korang. Untuk hidangan ikan bakar pula ada ikan kembong, pari dan talapia. Kerang bakar pun ada. 

Untuk hidangan Nasi + Ikan Kembong Bakar + Sayur + Air hanya RM11.90 sahaja. Hanya untuk bulan puasa.  Murah kan? Apalagi jom ler trai.

Restoran Mai Trai bermaksud Mai=Mari dan Trai=Cuba yang dibahasakan dalam loghat (Penang, Kedah, Perlis). Berkonsepkan juadah makan lauk-pauk tengahari dan Kuih-Muih Tradisi. Mai Trai mengetengahkan resepi dari Utara Tanah Air.

Menu yang wajib anda cuba ialah :

  1. Ikan Bakar Set
  2. Laksa Utara
  3. Bihun Sup Utara
  4. Char Kuey Teow MT
  5. Nasi Goreng Udang MT
  6. Mee Goreng Mamak

Jom kita Trai: Kalau boleh sila booking melalui phone dulu, takut penuh nanti. 

Alamat: A-11-0, Jalan BK5A/2D, Puchong. (Waze : Restoran MAITRAI)

Call: 03-5878 0390

Waktu Operasi: 5pm - 11pm (Bulan Ramadan)