Anjung Spotter KLIA Kini Dibuka Secara Rasmi Kepada Orang Ramai

TERKINI
June 18, 2019 - 01:55 PM


Bagi yang gemar melihat pesawat atau suka mengambil gambar kapal terbang sedang berlepas atau mendarat, korang dah boleh singgah ke ‘Anjung Spotter’  KLIA kerana ia secara rasminya telah dibuka kepada orang ramai bermula semalam!

Dek pemerhatian terbuka yang pertama di Malaysia itu dibina dalam lingkungan 10 kilometer persegi dari kawasan strategik di KLIA, serta boleh memuatkan kapasiti 40 orang dalam satu-satu masa.

Anjung Spotter ini dijangka bakal menjadi tarikan sebagai destinasi wajib dikunjungi pelancong yang tiba di KLIA kerana ia memiliki lokasi terbaik bagi melihat pesawat yang mendarat melalui Landasan 32 Kiri, yang terletak di Jalan Pekeliling.

Malah, Anjung Spotter berkenaan adalah setaraf dengan kemudahan sama yang ada di Perth, Australia; Frankfurt, Jerman dan Lapangan Terbang Antarabangsa Raleigh-Durham di Amerika Syarikat.

Selepas ini, dijangka akan ada lebih banyak Anjung Spotter di beberapa lapangan terbang di bawah kelolaan Malaysia Airports Holding Bhd (MAHB) bagi memberi pengalaman yang sama untuk peminat kapal terbang.

Baca artikel terdahulu: Anjung Spotter KLIA, Lokasi 'Insta-Worthy' Bagi Si Gila Petik Foto Pesawat!