AirAsia Diiktiraf Syarikat Tambang Rendah Terbaik Dunia Kali Ke-11 Berturut-Turut

TERKINI
June 19, 2019 - 12:01 PM


Buat kali ke-11 tahun berturut-turut, AirAsia terus terbang tinggi apabila memenangi Syarikat Penerbangan Tambang Rendah Terbaik Dunia di Anugerah Syarikat Penerbangan Dunia Skytrax 2019.

Bukan itu sahaja, malah AirAsia juga dipilih sebagai Syarikat Penerbangan Tambang Rendah Terbaik Asia dan Kabin Premium Syarikat Penerbangan Tambang Rendah Terbaik Dunia bagi tempat duduk Premium Flatbed, yang terdapat dalam pesawat jarak jauh AirAsia X.

Pengiktirafan itu diumumkan pada majlis anugerah yang berlangsung di Pameran Udara Paris Antarabangsa kali ke-53 di Le Bourget, Perancis.

Kakitangan AirAsia meraikan kemenangan anugerah Syarikat Penerbangan Tambang Rendah Terbaik Dunia Skytrax buat kali ke-11 berturut-turut di Ibu Pejabatnya, RedQ, Sepang.

Anugerah Syarikat Penerbangan Dunia Skytrax ini merupakan penanda aras kecemerlangan global syarikat penerbangan dan juga ibarat anugerah ‘Oscars’ bagi industri berkenaan.

Keputusan tahun ini ditentukan melalui 21.65 juta kaji selidik pelanggan yang diterima daripada lebih 100 warganegara yang mengukur piawaian daripada 335 syarikat penerbangan dari Ogos 2018 sehingga Mei 2019.

Bagi meraikan kemenangannya, AirAsia akan melanjutkan jualan besar-besaran AirAsia sehingga Ahad ini (23 Jun 2019).

Dengan tambang bermula dari serendah RM12 untuk penerbangan dari Kuala Lumpur ke Penang dan Johor Bahru, RM89 untuk penerbangan ke Lombok dan Nha Trang, inilah masa terbaik untuk anda membuat tempahan bagi percutian seterusnya.

Untuk menempah, layari airasia.com atau muat turun aplikasi mudah alih AirAsia.

Sumber: Newsroom AirAsia