10 Tips Mencari Hotel ‘Mesra Keluarga’ Untuk Bercuti

June 24, 2019 - 05:30 PM


Sebelum atau semasa merancang percutian keluarga, salah satu faktor yang harus diambil kira adalah status hotel yang bakal dipilih untuk percutian tersebut. Walaupun kadang-kala kita bakal banyak habiskan masa diluar berbanding hotel, percayalah, pemilihan hotel yang salah akan merencatkan atau membuatkan anda kurang gembira semasa percutian tersebut.

Menariknya, sekarang ini ada banyak hotel yang menyediakan atau mensesuaikan premis mereka supaya lebih bersifat ‘mesra-keluarga’ atau family friendly.

Persoalannya, macam mana nak tahu sesebuah hotel itu family friendly atau tidak? Amalkan 10 tips mencari hotel mesra keluarga ini…

#1. Lokasi

Pertamanya, cari hotel yang berdekatan dengan bandar. Ini bermaksud, jarak antara hotel untuk ke tempat makan, tempat tarikan atau kenderaan awam.

Semasa buat tempahan, cuba tengok dimana stesyen bas atau kereta api terdekat dengan hotel. (Ini kalau destinasi yang perlukan korang banyak naik bas atau keretapi.)

 

#2. Status Hotel

Sebenarnya, ketika mencari hotel di laman carian online – korang boleh filterkan jenis hotel. Hanya pilih ‘family-friendly’ di laman web yang ada sediakan pencarian menggunakan filter.

Sebagai contoh, di Agoda, memang ada disediakan bahagian atau filter untuk hotel family friendly ni. Biasanya, hotel yang mesra keluarga ni akan mempunyai lebih ‘hiburan’ untuk kanak-kanak dan menjanjikan keselesaan kepada mereka.

 

#3. Bilangan Katil Yang Disediakan

Selain jarak dan jenis hotel, korang boleh tengok kepada jumlah katil yang disediakan untuk sesebuah bilik di hotel. Pilihlah daripada saiz single, double, queen ataupun king. Yang penting, ianya bersesuaian dan mencukupi untuk seisi keluarga.

Kalau ada anak kecil, mungkin korang patut pilih bilik dengan katil saiz King – mereka mungkin nak kongsi katil dengan mak ayah.

 

#4. Bercuti dengan anak remaja

Kebiasaannya, remaja ni akan suka kepada privasi. Jadi, kalau nak cari bilik – cuba dapatkan yang mempunyai ‘connecting room’ ataupun tempah sahaja dua bilik. Satu untuk anda dan isteri, satu untuk anak bujang. Selesai masalah.

 

#5. Kolam Renang

Anak kecil kalau nampak kolam renang, mesti dia akan mula merengek nak minta mandi. Jadi adalah penting kalau kolam mandi tersebut adalah sesuai untuk mereka.

Walaupun perlu pengawasan ibu bapa, kalau kolam yang terlalu dalam – ia mungkin berbahaya juga kepada anak kecil.

 

#6. Hotel Ada Sediakan Peralatan Mandi Untuk Kanak-Kanak

Kebiasaannya, anak-anak kecil ni perlukan ‘perkakas’ mandi sendiri atau kadang-kala memang dah dilatih untuk menggunakan ‘potty’ seat. Jika malas nak bawa dari rumah, cuba tanya hotel, sama ada mereka sediakan atau tidak.

Boleh juga telefon dan tanyakan kalau-kalau mereka ada shampoo atau gel mandian khas untuk bayi. Setidaknya, tak perlu bawa dari rumah.

 

#7. Ada Taman Permainan / Play room

Fakta : Anak – anak suka bermain!

Hotel yang sediakan kawasan khas untuk kanak-kanak bermain ni membuatkan percutian dengan anak kecil menjadi best dan lancar. Setidaknya, anak-anak dah ada tempat khas dan sudah tentu selamat untuk bermain.

Walaupun begitu, jangan biarkan mereka berseorangan pulak. Kena ada pengawasan juga.

 

#8. Menu Untuk Kanak-Kanak

Anak-anak ni, kadang-kala agak sukar untuk makan diluar. Jadi, kalau ada menu untuk kanak-kanak, setidaknya kita ada lebih pilihan dan tak pening kepala untuk makan di hotel.

Kalau tidak, terpaksa la keluar dari hotel cari makanan yang sesuai. Kalau tidak, anak meragam nanti sebab lapar.

 

#9. Dapatkan Bilik Yang Kurang Tinggi

Ini sebenarnya bergantung kepada hotel. Sebabnya, ada sesetengah hotel yang sediakan bilik keluarga mengikut tingkat. Jadi, ada yang dibahagian atas, ada yang di bawah.

Secara teorinya, kalau dekat dengan ground, sekiranya berlaku sebarang kecemasan, senang untuk keluar dari bangunan atau senang untuk dapatkan bantuan pihak hotel.

Jika berada di tingkat tinggi, sila fahamkan atau cari laluan kecemasan melalui peta kecemasan yang biasanya akan disediakan oleh pihak hotel. Biasanya ia akan tunjukkan arah tangga kecemasan, laluan kecemasan atau kedudukan alat pemadam api.

 

#10. Ada Sediakan Airport Transfer

Biasanya kalau resort atau hotel ‘besar’ dia ada sediakan perkhidmatan ambil dan hantar ke lapangan terbang. Ada yang dah dimasukkan dalam pakej penginapan, ada juga yang sediakan apabila diminta. Jadi kalau taknak pening kepala tunggu pengangkutan, boleh je hubungi hotel dan minta mereka ambil di lapangan terbang.

Setidaknya, semua ahli keluarga selamat sampai.


PILIHAN EDITOR