Thailand Perkenalkan Semula Laluan Kereta Api Ke Cambodia

TERKINI
June 26, 2019 - 12:35 PM


Bermula Julai nanti, Thailand akan memperkenalkan perkhidmatan kereta api harian yang akan menghubungkan Bangkok dan stesen sempadan Cambodia di Ban Klong Luk.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh the State Railway of Thailand ini, difahamkan terdapat empat trip pejalanan setiap hari dua daripada Bangkok dan dua daripada Cambodia.

Dari Bangkok, penumpang yang menaiki kereta api N0 275 dari Bangkok menuju ke Aranyaprathet dan Klong Kuk pada pukul 5.55 pagi akan tiba di sempadan 11.17 pagi manakala penumpang kereta api NO 279 akan menggunakan jalan yang sama pada sebelah petang. Bertolak 1.05 petang, tiba pada 5.27 petang.

Maknanya; dari Bangkok ke Cambodia ada dua train. Satu pukul 5.55 pagi dan 1.05 petang.

Dari Cambodia, penumpang yang menaiki kereta api NO 280 akan bertolak dari stesyen Klong Luk (Rong Kluea market) pada 6.58 pagi dan akan tiba di Bangkok pada 12.05 tengah hari. Tren kedua, NO 276 bertolak dari lokasi sama pada 1.53 petang dan tiba di Bangkok pada 7.40 petang.

Jadi, dari Cambodia ke Bangkok; tren pertama pukul 6.58 pagi dan tren kedua 1.53 petang.

Tambang yang dikenakan adalah 49 baht sahaja. Harga ini sama sahaja tak kira bergerak dari Bangkok atau ke Bangkok.

Maklumat lanjut atau tempahan tiket, korang boleh ke www.railway.co.th

Destination: