"Paling Steady" - Peniaga Selamba Berniaga Nasi Campur Walaupun Banjir

TERKINI
December 26, 2023 - 03:53 PM


Selalunya bila kejadian seperti banjir menimpa sesuatu kawasan, pasti aktiviti perniagaan akan terhenti. Namun, bagi seorang wanita di Narathiwat, Thailand, perniagaannya perlu diteruskan.

Menerusi video yang tular di Tiktok, seorang wanita menjadi perhatian ramai apabila dia dengan selamba meneruskan perniagaannya iaitu menjual nasi campur di pekarangan luar rumahnya walaupun dalam keadaan banjir.

@userp422ac68zn

 

♬ เสียงต้นฉบับ - ปุก โท โบ

Melalui video itu juga, paras air banjir dapat dilihat mencapai separuh badan wanita tersebut. Walau bagaimanapun, keadaan paras air banjir tersebut tidak menghalangnya mendapat sambutan penduduk setempat.

Mana tidak, keadaan banjir yang menimpa kawasan tersebut menyebabkan ramai tidak dapat memasak di rumah akibat terperangkap dalam bencana alam tersebut.

Video yang tular tersebut dikongsikan pengguna TikTok @userp422ac68zn petang semalam dan setakat pukul 1 tengah hari ini, lebih 1.8 juta pengguna sudah menonton dengan 7,542 perkongsian semula.

Menjengah ke ruangan komen, ramai yang memuji tindakan akak tersebut kerana membantu memudahkan urusan penduduk setempat untuk membeli makanan meskipun dalam keadaan yang genting.

Namun, tidak kurang ramai juga yang melahirkan kerisauan berkenaan dengan kebersihan makanan yang dijual. Itu belum masuk lagi keselamatan penduduk dan akak tersebut jika didapat ada haiwan yang merbahaya berada dalam air banjir.

 

Sumber: Kosmo & TikTok

Destination: