Tanah Runtuh Korbankan 4 Nyawa, Resort Di Tanjung Bungah Kemungkinan Ditutup?
TERKINIDua hari lepas, kita dikejutkan dengan insiden tanah runtuh di sebuah lokasi pelancongan yang terkenal di Pulau Pinang iaitu Tanjung Bungah yang berdekatan dengan Batu Feringghi.
Akibatnya 4 pekerja asing telah maut tertimbus di dalam kejadian tanah runtuh di tapak kerja pembinaan tembok penahan The Lost Paradise Resort, salah satu penginapan popular di kalangan pelancong tempatan dan antarabangsa.
Meskipun kerja-kerja pembinan telah dihentikan buat sementara, namun pihak berkuasa iaitu Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) masih lagi membenarkan pusat peranginan itu beroperasi seperti biasa, namun dengan pemantauan rapi demi menjamin keselamatan orang ramai.
Siasatan terperinci mengenai punca kejadian juga masih giat dijalankan.
Memandangkan status tanah The Lost Paradise Resort itu adalah milik persendirian, pihak berkuasa melihat belum ada keperluan untuk menutup operasinya.
Tetapi sekiranya hasil siasatan mendapati keselamatan adalah satu isu, maka pihak MBPP tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan sewajarnya.
Jadi, sama-samalah kita nantikan status keselamatan di The Lost Paradise Resort tu nanti ya!
P/S: Kalau bercuti di pusat peranginan tanah tinggi ni pemandangan dan suasananya memang cantik serta mendamaikan. Tapi tu la risiko untuk terlibat dengan kejadian bencana alam agak tinggi, maklumlah Bumi kita pun dah tua dan hampir nazak sebenarnya. So hati-hatilah semasa bercuti tu ya!
Sumber: Utusan