Persembahan ‘World-Class’ Dennis Lau & Friends Di Konsert ‘The Chosen’

GAYA HIDUP
July 02, 2019 - 11:42 AM


Kira-kira 2000 orang yang menyaksikan konsert ‘The Chosen’ daripada Dennis Lau dan rakan-rakan disajikan dengan persembahan bertaraf antarabangsa dalam konsert yang berlangsung selama 3 jam berkenaan.

Menariknya, konsert ‘The Chosen’ menonjolkan pelbagai artis dari pelbagai kaum dan latarbelakang untuk menyajikan suatu persembahan yang epic dan harmoni. Boleh dikatakan inilah konsert ‘dari Malaysia, untuk Malaysia’.

Dengan kolaborasi bersama Teach For Malaysia (TFM), Dennis Lau telah memilih empat orang pelajar dan dilatih untuk mendapat pendedahan dan peluang yang tidak ramai peroleh. Bimbingan dan tunjuk ajar diberikan kepada keempat-empat pelajar ini kemudiannya diterjemahkan di atas pentas dengan persembahan lagu berjudul ‘Esok’.

Selama 3 jam, konsert yang sususan muzik dilakukan oleh Aubrey Suwito ini telah memberikan suatu pertunjukan yang sangat bertenaga. Diiringi oleh gesekan biola Dennis, ramai artis yang ditampilkan dan berkolaborasi untuk menjayakan konsert ‘The Chosen’ ini.

Persembahan malam kelmarin dibuka oleh perseumbahan silap mata daripada finalis Asia’s Got Talent (AGT), Sobhi Shaker sebelum diteruskan dengan gesekan biola yang memukau daripada Dennis dan Jimmy Sax .

Pentas kemudiannya ‘diambil alih’ oleh Fara Dolhadi, Namewee dan Dewi Seristha. Selain mereka bertiga, antara yang terlibat sama dalam konsert berkenaan adalah Jeryl Lee, Lee Elain, kumpulan NAMA (yang juga merupakan finalis AGT) dan Aisyah Aziz.

Rata-rata peminat terhibur dan berpuas hati dengan ‘The Chosen’. Oh, Tok Ti ( Datuk Seri Siti Nurhaliza) pun antara yang datang untuk menyaksikan konsert ini tau!

Ternyata konsert The Chosen ini berjaya dan mempunyai daya tarikan tersendiri. Sebahagian dari kutipan konsert akan disalurkan ke Teach for Malaysia sebagai sokongan kepada misi mereka iaitu memberikan pelajaran secara sama rata kepada semua murid.


PILIHAN EDITOR