Kenapa Pelancong Kecewa Bila Tahu ‘Rahsia’ Gambar Cantik Di Pura Lempuyang, Bali Ni?
TERKINITak dinafikan gambar-gambar cantik yang selalu di’post’ di Instagram, Twitter atau Facebook memang menjadi salah satu tarikan utama kepada pelancong untuk berkunjung ke lokasi yang digambarkan itu.
Tidak terkecuali Pura Lempuyang yang ada di Bali, Indonesia antara yang menjadi lokasi idaman atau ‘bucketlist’ oleh mana-mana individu yang melihat keindahannya hingga mendapat jolokan sebagai “Gerbang Ke Syurga”!
Dengan komposisi gambar, warna serta berlatarbelakangkan Gunung Agung yang sangat superb dan ditambah pula dengan refleksi seakan air hingga menampakkan imej ‘cermin’, siapa yang tak jatuh cinta dan mengidam untuk bergambar di spot yang sama.
Tetapi kalau korang sampai ke sana, jangan pula korang pergi cari tasik atau takungan air depan Pura Lempuyang tu sebab memang takkan jumpa.
Ini kerana ‘kesan khas’ seperti dalam gambar tersebut hanyalah trick menggunakan cermin yang diletakkan di bawah kamera atau telefon pintar oleh para jurugambar di sekitar kompleks kuil itu sahaja, dan bukannya pantulan daripada kejernihan air semulajadi.
Disebabkan helah itu juga, kini viral di seluruh dunia apabila ramai pelancong dari luar negara yang nyata kecewa dengan ‘penipuan’ gambar cantik di Pura Lempuyang.
Apatah lagi demi sekeping foto itu juga mereka terpaksa beratur panjang selama 2 hingga 3 jam untuk mendapat giliran bergambar.
P/S: Patutlah masa min pergi dulu gambar sendu je, tapi bila sekarang scroll Instagram tengok gambar kengkawan kemain cantiknya tempat tu! Kalaulah tau dulu min pun nak guna ‘trick cermin’ tu..hehehe…