Hoi An Dinobat Bandar Terbaik Dunia 2019!
TRAVELSetiap tahun, majalah pelancongan terkenal Amerika Syarikat iaitu Travel & Leisure menjalankan survey dan undian di kalangan pembacanya yang juga menjadi rujukan golongan traveller seluruh dunia.
Siapa sangka untuk tahun ini sebuah kota kuno di Vietnam yang bernama 'HOI AN' telah mengungguli senarai 15 Bandar Terbaik Dunia, sekaligus menewaskan San Miguel de Allende, Mexico yang telah dua kali berturut-turut berada di takhta senarai tersebut.
Menurut majalah itu, pembaca menilai bandar terbabit berdasarkan pemerhatian mereka serta mercu tanda, budaya, makanan, kemesraan, tempat beli-belah dan nilai keseluruhan.
Hoi An menduduki tangga teratas dengan skor 90.31 daripada jumlah 100, yang dikaitkan dengan penduduk tempatannya yang mesra, budaya, warisan dan makanan.
Hoi An adalah sebuah destinasi pelancongan terkenal di Vietnam dan kota kuno itu telah dinamakan sebagai Tapak Warisan Dunia oleh Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) pada tahun 1999.
Baru-baru ini, bandar itu juga disenarai sebagai antara "10 Idea Percutian Menakjubkan Tahun 2019" oleh Elle, sebuah majalah gaya hidup terkenal di seluruh dunia yang berasal dari Perancis.
Malah, Hoi An turut menduduki tempat ke-11 dalam kalangan "19 Destinasi Percutian Paling Murah Di Dunia 2019" dalam laporan tahunan Holiday Money yang disusun oleh Post Office Travel Money.
Dengan semua rekod antarabangsa yang diterima oleh Hoi An ini, memang rugi kalau korang tak berkunjung dan merasai sendiri pengalaman bercuti ke sana!
Apa-apa pun, jom kita tengok mana lagi destinasi 'Bandar Terbaik Di Dunia' selepas Hoi An untuk dilawati :-
2. San Miguel de Allende (Mexico)
3. Chiang Mai (Thailand)
4. Mexico City (Mexico)
5. Oaxaca (Mexico)
6. Ubud, Bali (Indonesia)
7. Tokyo (Jepun)
8. Kyoto (Jepun)
9. Florence (Itali)
10. Udaipur (India)
11. Rom (Itali)
12. Charleston, South Carolina (AS)
13. Seville (Sepanyol)
14. Santa Fe, New Mexico (AS)
15. Bangkok (Thailand)