Hotel Dolce Hanoi Golden Lake - Hotel Emas Pertama Di Dunia!

TRAVEL
September 09, 2021 - 04:17 PM


Wow, kalau sempadan negara dah buka nanti dah kita dah dibenarkan untuk kembali melancong ke luar negara...apa kata korang cuba bercuti ke Vietnam!

Kalau korang ada duit lebih dan teringin nak rasa sebuah percutian di hotel mewah atau lebih tepat HOTEL EMAS PERTAMA DI DUNIA -- korang boleh cuba menginap di "Hotel Dolce Hanoi Golden Lake".

Ini kerana selepas 11 tahun dibina, hotel apartment 6 bintang pertama yang bersalut emas 24 karat itu pertama kali dibuka kepada pengunjung tahun lepas.

Hotel setinggi 25 tingkat ini pastinya akan membuatkan korang berasa teruja dan takjub kerana menampilkan rekaan berasaskan emas bermula dari sinki hingga ke bumbung kolam renangnya.

Hotel Dolce Hanoi menggunakan 5,000 kaki persegi seramik dan menawarkan bilik berharga  £250 (RM1,334.92) untuk semalam.

Hotel yang dibina di Tasik Giang Vo itu turut menyediakan unit apartment berharga £5,200 (RM27,766.36) bagi setiap meter persegi.

Hotel Dolce Hanoi memiliki 400 bilik dan dikendalikan di bawah jenama 'American Wyndham Hotels'.

Kos keseluruhan pembinaan hotel berasaskan emas itu dikatakan menelan belanja AS$200 juta (RM857.50 juta).

Sumber: Astro Awani

Destination: