Senarai Backpackers Hostel Terbaik Bawah RM30 Di Hanoi, Vietnam

July 09, 2019 - 05:34 PM


Ibu negara Vietnam, Hanoi mungkin terkenal dengan binaan bangunan lama dan bandar yang penuh dengan campuran budaya daripada Asia Tenggara, China dan juga Perancis

Diangkat sebagai Ibu Negara Vietnam pada 1945, Hanoi sememangnya salah satu destinasi di Asia Tenggara yang patut dikunjungi setidaknya sekali seumur hidup.

Disebabkan Hanoi merupakan destinasi pilihan ramai backpackers, tidak hairanlah di Hanoi sendiri mempunyai lebih daripada 150 backpackers hostel yang tersenarai di Hostelworld, sebuah laman web yang menyenaraikan backpakers hostel dan pilihan kami juga sekiranya ingin mencari hostel semasa travel.

Sebelum itu, cara kami pilih hostel-hostel ini adalah berdasarkan kriteria yang kami set sendiri iaitu pertama; rating – kami pilih yang mendapat purata 9.5 ke atas dan harga, kami mencari yang tawarkan penginapan dibawah RM30 per malam.

Kenapa 9.5 ke atas? Seperti yang kami terangkan diatas tadi, di Hanoi terdapat banyak hostel, rating 9.0 ke atas pun banyak, jadi kami kecilkan skop kepada rating 9.5 dan letakkan harga RM30. Kenapa rm30? Sebab itu merupakan rate yang masuk akal untuk dapatkan sebuah backpackers hostel.

Dalam banyak-banyak hostel di Hanoi, Vietnam, 4 hostel ini adalah yang terbaik :

#1. Hanoi Cozy Hostel – Rating 9.7

Terletak kira-kira 300 meter dari kawasan Dong Xuan Market, ramai backpackers suka ciri lounge ‘kongsi’ yang ada di hostel ini. Selain itu, apa yang membuatkan hostel ini mendapat review yang tinggi adalah pelbagai kemudahan yang disediakan oleh mereka seperti Wifi dan tour bandar secara percuma.

Antara yang selalu disebut dalam review adalah lokasi, staff dan kebersihan di hostel ini. Oh, lagi satu, tuala tidak disediakan, namun korang boleh ‘sewa’ dengan bayaran tambahan.

Difahamkan, Hostel ini juga menyediakan perkhidmatan jemput dan hantar ke lapangan terbang dengan bayaran tambahan.

Harga per malam : RM29 (hostel world),  RM12 (Agoda)

Lokasi, Phung Hung Street.

 

#2. Senco Female Hostel – Rating 9.7

Hostel Senco ini diuruskan oleh sebuah keluarga dan memang dikhaskan untuk traveller wanita. Jadi, kalau wanita yang travel solo atau berkumpulan dan nak cuba pengalaman tinggal di hostel di Hanoi, boleh ke sini.

Terletak di kawasan Hoan Kiem, berdekatan dengan Old Quarter, memang ini merupakan sebuah hostel yang mempunyai lokasi yang terbaik.

Bilik disini adalah jenis dorm perkongsian 6 buah katil dan menurut review yang ada, hostel berada dalam keadaan yang sangat bersih.

Untuk kesini, boleh menaiki bas dari Lapangan Terbang Noi Bai. Naik bas nombor 86 dalam USD1.5 macam tu. Turun di Tran Nhat Duat, cari Cho Gao Street, kendian carilah Nga Dao Tu, nombor 12, nampak signboard hostel nanti.

Kalau susah sangat, cakap nak ke Allure Hotel, hostel ni ada di sebelah. Hehe.

Harga per malam : RM24 (hostel world),  RM20 (Agoda)

Lokasi, 12 Ngo Dao Duy TU Street, Old Quarter, Hanoi.

 

#3. Luxury Backpackers – Rating 9.6

Walaupun berada di tempat ke 3, Luxury Backpackers merupakan hostel pilihan yang memenangi anugerah ‘Top Choice’ Agoda pada 2018 dan merupakan best seller di Hanoi. Selain itu, hostel ini juga mendapat status ‘Agoda Preferred’.

Terletak di kawasan Hoan Kiem, memang senang cerita, lokasi hostel ni betul-betul di Bandar Hanoi. Tempat tarikan menarik pun boleh dikatakan dekat-dekat semuanya, sebagai contoh Hoan Kiem Lake, hanya 430 meter, Old Quarter terletak dalam 700 meter sahaja.

Turut menyediakan airport transfer, ada macam-macam lagi yang ditawarkan oleh hostel ini menyebabkan ianya menjadi pilihan ramai.

Harga per malam : RM29 (hostel world),  RM20 (Agoda)

Lokasi, Ngo Huyen Street, Hoan Kiem Dist, Hanoi City.

 

#4. Diamond Dorm – Rating 9.5

Mula dibuka pada tahun 2016, Diamond Dorm mendapat sentuhan rekaan pelukis Nguyen Quoc Dan. Penggunaan kayu dan tembaga dalam pembinaan hostel ini ternyata memberikan sebuah penginapan yang unik dan tradisional.

Menariknya disini, ia turut menyediakan ‘dorm mewah’ dengan servis yang berlainan serta hasil seni yang tidak dapat ditemui di hotel mahupun dorm lain.

Selain dorm, disini juga terdapat sebuah café yang mendapat ilham daripada café lama di Vietnam. Diamond Café terletak di tingkat 3, bangunan yang sama.

Harga per malam : RM16 (hostel world),  RM15 (Agoda)

Lokasi, Tong Duy Tan, Hang Bong, Hoan Kiem,Hanoi.

Nota Editor : Kalau diminta pilih satu, akan pilih untuk bermalam di Diamond Dorm atau Luxury Backpackers. Sebabnya, Diamond tu rekaan dia unik, tak macam backpackers hostel lain. Luxury pulak disebabkan statusnya sebagai pilihan ramai. Selain harga yang sangat berpatutan dengan status dia. 


BACA JUGA

 

Destination: