6 Tempat Makan Halal Yang Boleh Anda Cuba Di Bangkok

FOODIE
July 19, 2019 - 11:17 AM


Bangkok ibu negara Thailand sering menjadi destinasi pilihan untuk percutian kebanyakan rakyat Malaysia.

Mana taknya dengan menaiki kapal terbang hanya 2 jam sahaja anda sudah sampai ke Bangkok.

Selain terkenal sebagai syurga membeli-belah, Bangkok juga menjadi kegemaran pengunjung untuk merasai sendiri kelazatan dan kepelbagaian menu masakan Thai yang sememangnya disukai oleh orang Malaysia.

Tetapi harus diingat Thailand bukanlah negara dengan majoriti masyarakat Muslim, namun di 6 lokasi sekitar Bangkok ini ada menjual aneka makanan halal yang wajib anda cuba!

1. Petchaburi Road Soi 7

Kredit: Halal Living Thailand

Terletak di timur Bangkok, lokasi pertama yang boleh dikunjungi pelancong untuk mendapatkan makanan halal adalah Petchaburi Road Soi 7.

Kredit: Halal Living Thailand

Di sini pengunjung bukan sahaja berpeluang menikmati aneka makanan Thailand yang halal, malah ada juga makanan Arab dan India.

Kredit: Halal Living Thailand

Kalau dah makan dan nak solat juga senang, kerana di sini terletaknya Masjid Darul Aman.

 

2. Bobae Market

Bobae Market terletak tidak jauh dari Petchaburi Road Soi 7.

Aneka menu makanan halal Thailand dapat ditemui di sini dengan mudah.

Selain makanan, di Bobae Market juga banyak menjual barangan yang boleh dijadikan ole-ole dari Thailand.

 

3. Sukhumvit Soi 3

Terletak berhampiran dengan stesen Nana BTS, Pasar Malam Sukhumvit adalah lokasi mudah akses untuk mencari makanan enak dan halal di Bangkok.

Sukhumvit Soi 3 ini juga digelar sebagai 'Soi Arab' kerana pelbagai menu dari negara Timur Tengah boleh didapati di sini.

 

4. Ramkhamhaeng

Ramkhamhaeng adalah destinasi wajib singgah jika anda seorang 'kaki makan'.

Selepas puas berjalan-jalan dan mencuba pelbagai jenis 'street food' halal di sepanjang Ramkhamhaeng, anda juga boleh singgah di kedai kopi atau restoran berhampiran yang turut menyediakan aneka minuman halal dan menyegarkan.

 

5. Charoen Krung Selatan

Kalau teringin nak makan itik panggang di Thailand, datanglah ke Jalan Charoen Krung Selatan.

Terletak di seberang Masjid Assalafiyah, tempat ini popular dengan aneka hidangan manis dan lazat.

Salah satu warung paling popular di sini adalah Hasan Roasted Duck.

 

6. Asoke

Jalan Asoke yang terletak di Sukhumvit 23, tidak jauh dengan Universiti Srinakharinwirot popular dalam kalangan mahasiswa.

Sesuai dengan lokasinya, tentunya makanan yang dijual di daerah ini murah.

Salah satu menu paling digemari di Asoke adalah Ayam Goreng Thai. 


 

Destination: