Tulang Belakang Retak Gara – Gara Tali Bungy Putus

TERKINI
July 26, 2019 - 10:44 AM


Benarlah kata orang, malang tidak berbau. Itulah yang berlaku kepada salah seorang penergun bungy yang sedang melakukan aktiviti ekstrim tersebut dalam satu tragedi yang berlaku di sebuah taman tema di Poland.

Sebuah video amatur yang berjaya merakamkan tragedy berkenaan menyaksikan mangsa dinaikkan pada ketinggian 100 meter menggunakan kren sebelum melakukan aksi terjunan.

Malangnya, tali pengikat tersebut terputus ketika dia berada di udara dan tubuh mangsa jatuh ke tilam keselamatan yang diletakkan di bawah.

Insiden tersebut disaksikan oleh ramai pengunjung yang selepas itu menjerit kerana terkejut apabila tali bungy tersebut putus dan seterusnya lelaki malang berkenaan jatuh. Nasibnya agak baik kerana tilam keselamatan ada disediakan.

Mangsa kemudiannya dikejarkan ke hospital untuk mendapatkan rawatan susulan dan menurut jurucakap taman tema berkenaan, mangsa mengalami keretakan tulang belakang dan kegagalan beberapa organ dalaman.

Difahamkan, lelaki berkenaan sedang dalam proses pemulihan dan perlu memakai kolar orthopaedic untuk sokongan.

Ini merupakan insiden pertama yang berlaku di taman berkenaan selama 19 tahun dan pengendali ini bukanlah calang-calang kerana mereka sering mengendalikan acara terjunan bungy professional di Poland.

 

 

p/s : Sukan ekstrim ni sememangnya berbahaya, sebab itulah disyorkan kalau nak buat, pastikan pengendali adalah professional dan mereka sentiasa memastikan peralatan mereka selamat.