Sistem Autogate Mula Digunakan Di Lapangan Terbang Ngurah Rai, Bali
TERKINISetelah sekian lama, akhirnya penumpang pesawat yang mendarat di Ngurah Rai boleh melepasi pihak imigresen dengan kadar lebih cepat apabila kemudahan ‘autogate’ diperkenalkan di Lapangan Terbang Antarabangsa Ngurah Rai baru – baru ini.
Mula beroperasi sejak 3 September lalu, penumpang pesawat dari 12 buah negara boleh menggunakan 16 mesin autogate dan sistem berkenaan adalah untuk mengesahkan maklumat mereka kepada pihak imigresen Indonesia.
Sistem autogate ini secara tidak langsung dapat mempercepatkan proses serta perkhidmatan yang lebih lancar oleh pihak imigresen terhadap pelancong dan difahamkan teknologi serta sistem autogate yang diperkenalkan hanya mengambil masa 1 minit untuk mengesahkan maklumat para penumpang yang masuk ke Bali.
Secara tidak langsung, ini dapat mengurangkan bebanan kerja pegawai – pegawai imgresen selain mempercepatkan tempoh dan waktu menunggu para pelancong ke sana.
Buat masa sekarang, 12 negara luar yang boleh menggunakan sistem berkenaan adalah pelawat serta pelancong dari rantau ASEAN, Australia, New Zealand dan Timur Timor. Namun begitu, buat masa sekarang, sistem ini hanya ditempatkan di balai pelepasan.
Menurut video penerangan daripada pihak imigresen Ngurah Rai, sistem ini mampu mengimbas passport, cap jari dan imbasan wajah. Dijangkakan, keseluruhan proses ini mengambil masa 35 hingga 60 saat.