28 Jalan Di Kuala Lumpur Bakal Ditutup Hujung Minggu Ini
TERKINIUntuk sesiapa yang akan ke Kuala Lumpur Sabtu dan Ahad ini, terutamanya dari jam 2.45 pagi (Sabtu) sehingga 11.30 pagi (Ahad), korang mungkin perlu ambil perhatian berkenaan penutupan jalan ini.
Bakal berlangsung hujung minggu ini, Standard Chartered Kuala Lumpur Marathon 2019 (SCKLM 2019) akan menggunakan sejumlah 28 jalan di Kuala Lumpur dan secara tidak langsung, jalan – jalan berkenaan akan ditutup untuk memberikan laluan kepada acara tahunan ini.
Sila ambil perhatian bahawa jalan – jalan dibawah bakal ditutup untuk kedua – dua hari daripada waktu yang dinyatakan iaitu 2.30 pagi hingga 11.30 malam. Senarai jalan yang bakal ditutup ialah :
- Jalan Raja (Dataran Merdeka)
- Jalan Tuanku Abdul Rahman
- Jalan Sultan Ismail
- Jalan Ampang
- Jalan P. Ramlee
- Jalan Raja Chulan
- Jalan Bukit Bintang
- Jalan Tun Abdul Razak
- Ampang-Kuala Lumpur Elevated Highway (AKLEH)
- Duta-Ulu Klang Expressway (DUKE)
- Jalan Kuching (from Selayang)
- Jalan Tuanku Abdul Halim (Duta)
- Jalan Raja Muda Abdul Aziz (Kuala Lumpur Hospital
- Jalan Raja Abdullah (Kampung Baru)
- Jalan Langgak Tunku
- Jalan Dang Wangi
- Jalan Tunku
- Jalan Tun Ismail
- Jalan Dato Onn
- Jalan Sultan Salahuddin
- Jalan Parlimen
- Jalan Damansara
- Lebuhraya Sultan Iskandar
- Jalan Kinabalu
- Bulatan Sultan Hishamudin
- Jalan Cendrawasih
- Jalan Kampung Pandan
- Jalan Pahang
Kalau nak lebih faham laluan yang bakal dilalui oleh peserta SCKLM 2019 ni, boleh rujuk peta larian ni…
Jadi, kalau korang ada keperluan untuk masuk ke Kuala Lumpur pada hujung minggu ini, rancanglah perjalanan korang ye