[VIDEO] "Siapalah Yang Main Jumanji Ni?" - Pelanggan Kedai Panik Didatangi 20 Ekor Lembu

TERKINI
July 31, 2023 - 06:31 PM


Kisah daripada filem Jumanji mesti kita fikir mustahil untuk berlaku perkara sedemikian dan tidak masuk akal untuk terjadi. Namun, pelanggan di sebuah kedai makan terkejut dengan kehadiran kira-kira 20 ekor lembu meluru masuk ke premis tersebut.

Perkara mengejutkan yang juga melucukan itu dikongsi pengguna TikTok, @nikamiraa yang memaklumkan insiden tersebut berlaku semasa dia dan rakannya sedang makan sebelum menyedari sekawan lembu meluru ke arah meja mereka.

“Tengah makan, tiba-tiba lembu buat rombongan cik kiah pula, nasib baik kami tak kena sondol,” ujarnya di ruangan kapsyen.

Di ruangan komen, rata-rata orang memuji tindakan pantas pengunjung kedai yang bergegas menyelamatkan diri selain ada yang menyifatkan insiden ini tak endah seperti filem pengembaraan fantasi, Jumanji.

Ada juga yang berseloroh mengatakan dia tidak percaya lembu hanya tertarik dengan warna merah. Seorang lelaki berbaju merah di dalam video tersebut tidak diserang lembu bahkan tidak diapa-apakan. Lelaki tersebut seakan-akan menunjukkan laluan kepada lembu-lembu berkenaan untuk lalu.

“Nasib baik pak cik baju merah yang berdiri dekat tepi selamat, kalau lembu nampak naya nanti kena sondol,” tulis Sha.

“Aduh, kalau saya mungkin dah berterabur lari. Betul-betul macam dalam filem Jumanji,” komen Ros dalam video berkenaan.

Siapalah ketua lembu ni yang ketuai 'rombongan' ke kedai ni agaknya, ya? Kelakar bila ditonton video-nya. Harapnya tuan lembu ni pandailah menjaga haiwan ternakan, risau perkara tak diingini berlaku.

Destination: