Landasan 'Runway 3' KLIA Mula Dinaik Taraf Hari Ini - MAHB

TERKINI
October 02, 2019 - 11:38 AM


Mulai hari ini (2 Oktober), landasan ‘Runway 3’ di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA)  menjalani proses pembaikan selama 9 bulan setengah dan dijangka siap pada 15 Julai 2020.

Kerja-kerja pembaikan itu melibatkan penurapan permukaan landasan untuk mengatasi masalah pada masa hadapan seperti kekasaran penurapan lapangan terbang yang dikesan menerusi analisis Indeks Boeing Bump yang dilakukan pada tahun lepas.



Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB), Raja Azmi Raja Nazuddin, sebagaimana yang diumumkan pada September tahun lepas, kerja-kerja pembaikan akan dibuat mengikut perancangan yang telah diperjelaskan dalam Pelan Induk Kelangsungan Landasan lapangan terbang itu.

Runway 3 akan mengikut kombinasi separa dan sebelah malam bagi tempoh pembaikan itu hingga ia siap sepenuhnya.



Pihak MAHB telah mengambil langkah yang perlu untuk memaklumkan semua pihak yang terlibat sebelum ini khususnya rakan-rakan syarikat penerbangan bagi memastikan perjalanan para penumpang berjalan lancar, selain memastikan operasi dan pengurusan syarikat-syarikat penerbangan tidak terjejas sepanjang tempoh pembaikan tersebut.

Sumber: Bernama

Destination: