
Lapangan Terbang Ditutup Jika Jarak Penglihatan Bawah 400 Meter: MAHB
VIRALSejak minggu lepas, negara kita dilanda jerebu tebal hingga menyebabkan beberapa kawasan di kebanyakan negeri mencatatkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tidak sihat.
Seperti kita tahu, selain berbahaya kepada pernafasan dan penglihatan keadaan jerebu yang teruk juga boleh menjejaskan aktiviti penerbangan seperti mana yang pernah berlaku pada Oktober 2015.
Ketika itu, jerebu telah mengakibatkan jarak penglihatan rendah hanya 500 meter hingga memaksa Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi ditutup sementara selama tiga jam dan menyebabkan beratus-ratus penumpang terkandas di terminal.
Untuk keadaan jerebu yang melanda sekarang, Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) memaklumkan pihaknya akan menguatkuasakan prosedur operasi penglihatan rendah di lapangan terbang hanya apabila penglihatan mendatar jatuh di bawah paras 400 meter.
Namun sehingga petang semalam, jarak penglihatan yang direkodkan adalah pada paras 2,000 meter.
"Jarak penglihatan ini dicatatkan oleh peralatan meteorologi yang diletakkan pada setiap hujung landasan, yang mengukur penglihatan mendatar, yang diistilahkan dalam dunia penerbangan sebagai Jarak Visual Landasan (RVR).
"Pihak berkuasa lapangan terbang boleh memutuskan untuk menangguhkan operasinya di atas nasihat Kawalan Lalu Lintas Udara (jika penglihatan mendatar di bawah 400 meter)," kata jurucakap MAHB.
Lapangan terbang di Malaysia dilengkapi dengan sistem yang lebih moden dan canggih seperti Sistem Pendaratan Instrumen (ILS) dan Sistem Radar Pergerakan Permukaan (SMR) yang dapat memudahkan pendaratan pesawat dalam jerebu.
P/S: Diharap sebab jerebu ini tak ada la kejadian hingga menyebabkan lapangan terbang terpaksa ditutup sementara. Korang jangan buat pembakaran secara terbuka ya! Hati-hati jika berada di luar rumah dan banyakkan minum air kosong.
Sumber: Bernama
Nak info lebih lanjut tentang One Piece ‘The Great Era of Piracy?
• Tekan link untuk tiket Promo Early Bird One Piece ‘The Great Era of Piracy’ Asia Tour
• Tekan link untuk Artikel Penuh One Piece ‘The Great Era of Piracy’ Asia Tour
• Tekan link untuk GIVEAWAY 20 Tiket One Piece ‘The Great Era of Piracy’ Asia Tour PERCUMA
• Dah bergambar dengan Giant Luffy? Ini 5 Lokasi Jelajah Giant Luffy! Tekan link untuk video