B5 Johor Street Market Tampil Konsep Pasar Seni Ala-Ala Victoria Market Melbourne

TERKINI
October 21, 2019 - 11:14 AM


Siapa di sini kalau bercuti di Melbourne, Australia suka berjalan-jalan di pasar popular mereka Queen Victoria Market?

Lepas ni kalau korang nak rasa suasana membeli-belah dan lepak makan-makan sama seperti di Melbourne tu, korang dah tak perlu nak terbang jauh-jauh sebab di Johor pun bakal membuka sebuah pasar seni berkonsepkan ala-ala Victoria Market tu!

Pasar seni yang dinamakan B5 Johor Street Market, mengambil nama sempena nama kawasan Batu 5, yang terletak berhampiran Angsana Mall dan bakal beroperasi sepenuhnya hujung bulan depan (November).

B5 Johor Street Market akan menghimpunkan usahawan tempatan yang menjual produk berasaskan keunikan negeri Johor seperti barangan kraftangan dan makanan menerusi 231 ruang perniagaan.

Seperti mana Victoria Market yang telah menjadi salah satu tarikan destinasi pelancong, B5 Johor Street Market juga diharap mampu menjadi satu lagi produk pelancongan unik kepada Negeri Johor menerusi pendedahan konsep identiti 'sejarah & budaya' Johor yang ditampilkan.

Seramai 3 juta pengunjung dari dalam dan luar negara disasarkan untuk mengunjungi B5 Johor Street Market pada tahun hadapan yang juga bersempena Tahun Melawat Malaysia 2020.

Sehingga kini, B5 Johor Street Market telah mencapai kadar penghunian lot sebanyak 85 peratus, yang mana secara keseluruhan mampu mewujudkan kira-kira 1,000 peluang pekerjaan untuk penduduk sekitar.

Sumber: Bernama  & Kredit Foto: rdo.my

Destination: