Hampir Setahun Ditutup, Taman Tasik Titiwangsa Bakal Dibuka Semula Januari 2020

TERKINI
November 11, 2019 - 12:11 PM


Cukup dikenali sebagai destinasi untuk beriadah bersama keluarga dan rakan – rakan, Taman Tasik Titiwangsa telah ditutup semenjak September lalu untuk proses penambahbaikan.

Menurut notis yang dikeluarkan pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur baru – baru ini, kerja – kerja penambahbaikan taman tersebut sudah selesai, namun atas beberapa faktor ia masih belum dibuka.

Tambah DBKL lagi, pasukan sekuriti masih belum ditempatkan jadi, sekiranya apa – apa yang berlaku kepada pengunjung, dikhuatiri tiada perlindungan yang boleh diberikan.

Namun begitu, DBKL juga memberi ‘hint’ bahawa Taman Tasik Titiwangsa bakal boleh digunakan oleh orang awam bermula Januari 2020. Maknanya, tahun baru, taman baru lah. Hehe.

Buat masa ini, mereka hanya memberikan ‘teaser’ tentang penambahan dan penambahbaikan yang dibuat. Macam menarik!

Destination: