Hati-Hati, Ini 6 Cara Scammer di Tanah Suci Mekah dan Madinah Perdaya Jemaah Malaysia
Hati-Hati dengan SCAMMER di AL-HARAMAIN
Jangan ingat di Tanah Suci Mekah dan Madinah tak ada Scammer, Ada rupanya bezanya ada yg kena cara halus dan cara kasar saja.
CARA KASAR:-
Cara 1
Sudah pastinya bag kita di seloknya atau ditorehnya dengan pisau sama ada kita sedang melakukan Tawaf atau Saie, cara diorang buat ni memang kita pun tak perasan langsung, ni memang berani dan pro. Hasil yang dia dapat pun kasar jugak, mau riban-riban dan Handphone pun boleh dapat. (Kebiasaanya cara 1 ni wanita adalah target utama)
Cara 2
Scammer jadi pengiring (kononnya escort kita) untuk cium Hajarul Aswad, ini orang Indonesia, dia akan himpit kita dan bertanya "pak, mau cium Hajarul Aswad, kalau kita cakap mau, dia mintak siap-siap 400 Saudi Riyal, kadang-kadang 1000 Riyal pun ada. Kita cakap tak ada atau tak mau, then dia blah lah. Tapi kalau kita cakap mau, dia bawa kita separuh jalan, then separuh jalan lagi dia pun hilang. Ada juga kes, yang ikut kita sampai ke hotel untuk tuntut duit. So, hati-hati.
Cara 3
Hati-hati bila membuat bayaran duit 10 Riyal dengan duit 100 Riyal, selalu konfius sebab warna duitnya MERAH. saya pernah tengok depan mata saya jemaah wanita tua dia nak beli air mineral 1 riyal, dia kasi 100 riyal, sepatutnya baki 99 Riyal, tapi dipulangnya baki 9 riyal saja. Then, makcik tu tanya "saya bagi 100 riyal, then dia cakap tak, makcik bagi 10 riyal, lalu dia angkat 10 Riyal. Makcik tu pun terkiyal-kiyal dgn mamat tu. Hakikatnya saya tengok sendiri makcik tu bagi dia 100 riyal. (Dalam kes ni saya campur tangan, sebab geram. So makcik dapat ah balik baki duitnya 99 Riyal) - hati-hati dengan penjual yang duduk atas food-truck di Jabal Rahmah.
Cara 4
Mak-mak arab yg berjubah hitam yg dok menjual dan meminta sedekah di sekitar masjidil Haram (terutama laluan nak ke Menara Jam), ini lagi profesional punya scammer, depa boleh buat 1001 macam cerita siap dengan drama dan watak2 pelakon sampingan lagi. So, awas jangan cepat melatah dan bermurah hati sangat, sekali kita bagi, habissss. Kita akan dikerumun oleh "mereka"
Cara 5
Geng Teksi pun sama, awalnya kita dah deal harga dari airport jeddah ke Hotel di Mekah 200 Riyal, nanti bila sampai di Mekah dia akan buat2 pusing 5 ke 6 ke 7 ke 8 ke 9 ke 10 kali, buat-buat cari hotel. Penyudahnya jumpa juga hotel tu, tapi dia akan mintak kita bayaran ehsan lagi 50 Riyal sebab sesat jalan. (padahal itulah game plan diorang) kalau nak secure baik amek GRAB/UBER terus.
CARA HALUS (Lebih kepada Psychology)
1. Saya sendiri pernah kena semasa di Mekah (berdekatan pintu 17) saya dah tak heran sangat dengan kaki Scam ni sebab dah tau game depa, saya layan (sebab nak tengok game depa). Saya didatangi oleh seorang lelaki pakistan (pakai kurta putih dan seluar putih), dia tarik saya ke tepi, dan bermulalah cerita sedihnya yg dia kena selok, duit dia dicuri, pasport dia hilang mak dia sakit (nanti dia akan tunjuk seorang pompuan tua, yg sedang baring) utk memberikan kita yakin dgn ceritanya, dia mintak 500 Riyal utk kos perubatan mak dia dan makan. Saya dah tau dia SCAM, saya cakap saya tak ada duit dan terus saya blah, dengan nada cengei skit la.
Saya intai dia dan geng-geng dia mencari mangsa yang lain dari jauh, yup. ternyata mangsa keduanya berjaya, dia ambil kesemua duit mangsa kedua semasa mangsa sedang kira duit, dan terus blah. (geng sendikit 4 ke 5 org) kalau sehari dia dah kaut 1000 Riyal kalau sebulan dah berapa.
saya perati rata-rata mangsa scam geng ini adalah jemaah umrah dah haji rakyat Malaysia, indonesia, brunei, mungkin easy target kot atau kita ni mmg suka bersedekah.
KESAN PADA JEMAAH:-
1. Kita akan hilang focus utk beribadat. dok menyesal atas kealphaan kita.
2. Membuatkan keluarga yg dok di Malaysia ni jadi risau, atas kejadian yg menimpa.
3. Bila dah hilang pertimbangan tu, mulalah mulut kita pun sama naik mencarut dan memaki hamunnya. (niat asal dan focus utama ke Tanah Suci dah hilang).
4. Mula rasa takut-takut pada keadaan sekeliling
5. Murung
Inilah beberapa jenis Scammer yg ada di Tanah Suci Mekah & Madinah.
Pada saya senang saja, kalau nak sedekah, sedekah kepada tukang sapu sampah di dalam atau di luar Masjid. Selagi namanya manusia berhati-hatilah dengan langkah dan gerak, mata mau TAJAM, kalau silap langkah pasti ada yg nak ambil kesempatan di atas kebaikan kita, sebab kat sana bukannya semua Malaikat, TAPI ada sekelompok manusia yg sentiasa mengambil kesempatan. Orang-orang macam ni depa peduli apa, bukannya depa heran di Tanah Haram ka tak Tanah Haram ka, janji Masyuk. Jemaah juga DIINGATKAN kalau pi MASJID tu tak payah la gatai-gatai nak bawa duit beratus-ratus dan beriban-riban. bawa duit SR50 ke SR100 sudah. duit yang riban-riban kita bawa tu simpan saja di hotel. (dalam bag berkunci ka dalam peti box keselamatan ka, atau mintak tolong mutawwif / mutawwifah simpankan ka)
Saya pesan, sebab kita bukannya tiap-tiap bulan mai Mekah dan Madinah, kena menabung dan menyimpan baru boleh datang, jadi bila sampai sini kena penaya ngan orang-orang mcm ni pulak..kesian pun ada. Jadinya pakat-pakat beringat, bila dah kat sana letakkan diri pada Allah SWT, mintak doa kat dia utk dijauhi dari pekara-perkara macam ni. Andaikata terkena scam mcm ni "kalau" amountnya kecik anggapkan sedekah dan x ada rezeki kita lah tu. TAPI, kalau AMOUNTNYA BESAR, terus buat report polis, ajak Mutawwif pegi buat report.
Sementara musim haji ni pesan2 lah kepada jemaah dan rakan taulan yg ada di Tanah Suci.. SEKADAR BERINGAT...
Sumber: Inspirasi Umrah
* kredit gambar kepada Memori Terindah di Tanah Suci