Caj Bayaran Masuk Ke Taman Negara Dinaikkan Mulai 1 Jan 2020

TERKINI
December 03, 2019 - 11:27 AM


Buat pertama kalinya sejak beroperasi 70 tahun lalu, kadar bayaran masuk ke Taman Negara Pahang akan dinaikkan kepada para pengunjung.

Berkuatkuasa 1 Januari 2020, kadar lama permit masuk Taman Negara yang berharga cuma RM1 untuk setiap seorang tanpa mengira usia bakal dinaikkan kepada kadar baharu iaitu :

1) RM10 bagi kanak-kanak di bawah usia 12 tahun

2) RM30 untuk golongan berusia antara 13 hingga 60 tahun

3) RM15 kepada pengunjung berusia 61 tahun ke atas 

Kerajaan Negeri Pahang memutuskan pelaksanaan kadar bayaran baharu itu selepas membuat semakan semula bagi meningkatkan kecekapan dan mengurangkan ketirisan hasil negeri, selain meningkatkan pendapatan untuk mencapai hasrat menjadi sebuah negeri yang berdikari.



Pertambahan hasil yang diperoleh ini juga kata Menteri Besar Pahang akan dikembalikan semula kepada rakyat dalam bentuk sumbangan dan projek pembangunan yang akan dilaksanakan.

Sumber: Bernama

Destination: