Resort World Genting Tutup Sementara, Pelanggan Boleh Minta 'Refund'

TERKINI
March 17, 2020 - 05:15 PM


Bagi anda yang mempunyai tempahan percutian ke lokasi pelancongan terkenal negara iaitu Resort World Genting (RWG) -- anda boleh mendapatkan semula bayaran balik atau menukar tarikh tempahan masing-masing.

Ini kerana bermula esok (18 Mac 2020) kesemua perkhidmatan di bawah resort berkenaan merangkumi kemudahan hotel, kedai makanan dan minuman, kasino, Taman Tema Tertutup Skytropolis, kemudahan hiburan, tarikan, pusat beli-belah dan kedai runcit di RWG akan DITUTUP SEMENTARA sehingga hujung bulan ini (31 Mac2020).

Ia sebagai mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan yang telah diumumkan Perdana Menteri, semalam.

Tuntutan pembayaran balik itu juga boleh dilakukan sekiranya anda telah membuat tempahan di Resorts World Awana, Resorts World Kijal dan Resorts World Langkawi.

"Pengunjung yang telah membeli tiket ke mana-mana tarikan atau pertunjukan kami di resort juga akan diberikan bayaran balik," dalam satu kenyataan hari ini.

Pelanggan juga boleh menghubungi pusat panggilan RWG di 03-27181118 untuk maklumat lanjut atau sebarang pertanyaan berkaitan bayaran balik.

Sumber: Bernama

 

Destination: