Malaysia Bakal Terima Vaksin Pertama 26 Feb Ini

TERKINI
February 02, 2021 - 01:38 PM


Ini mungkin satu berita yang bakal melegakan kita semua sebagai rakyat Malaysia.

Malaysia dijangka menerima bekalan fasa pertama vaksin Pfizer-BioNTech pada 26 Februari ini.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata vaksin itu akan diagihkan secara berperingkat ke negeri-negeri dalam tempoh satu hingga dua minggu.

Setakat ini, seramai 141 sukarelawan telah menerima suntikan bagi Kajian Klinikal Fasa 3 Vaksin COVID-19, iaitu SARS-COV-2, yang ditaja Institut Biologi Perubatan Akademik Sains Perubatan China (IMBCAMS).

Mereka yang menerima suntikan itu merupakan antara 3,000 sukarelawan berusia 18 tahun ke atas yang telah dipilih berdasarkan kriteria-kriteria yang ditetapkan.

“Jumlah sukarelawan pun kita mahu 3,000 sahaja tetapi jumlah yang mohon lebih ramai daripada angka itu, jadi kita akan buat pemilihan,” katanya. 

Malaysia sebelum ini dilaporkan membeli 12.8 juta dos vaksin Pfizer-BioNTech, selain memberi komitmen untuk membeli tambahan 12.2 juta dos lagi vaksin sama. 

Sementara itu, di laman media sosial Twitter telah ada netizen yang mengakui sudah menerima panggilan telefon daripada hospital berhubung menjadi sukarelawan bagi penerimaan vaksin tersebut.

Sumber: BERNAMA

Destination: