Rakyat Rusia 'Bebas' Daripada Lockdown Hari Ini

TERKINI
June 09, 2020 - 01:26 PM


Hari ini merupakan 'hari kebebasan' buat rakyat Moscow, Rusia apabila negaranya mengumumkan penamatan perintah berkurung yang dilaksanakan sejak beberapa minggu lalu.

Datuk Bandar Moscow, Sergei Sobyanin, menerusi mesej video di Facebook, perintah berkurung dan pengasingan diri akan ditamatkan di Moscow, sekali gus membolehkan penduduknya kembali kepada cara hidup asal.

Datuk Bandar Moscow, Sergei Sobyanin

Moscow, bandar terbesar di Russia dengan 12 juta penduduk, melaksanakan perintah berkurung akhir Mac lalu bagi membendung penularan COVID-19.

Ibu negara Rusia  itu juga adalah pusat penyebaran virus terbabit, dengan separuh daripada keseluruhan 476,658 kes berasal dari situ.

Kata Sobyanin, kerajaan sebelum ini memperkenalkan penggunaan permit khas dengan peraturan yang ketat bagi membolehkan penduduk Moscow menggunakan pengangkutan awam seperti teksi.

"Semua larangan utama yang bertujuan meningkatkan tahap keselamatan akan ditarik balik pada Jun.

"Penduduk Moscow terdiri daripada kalangan warga emas dan pesakit kronik turut dibenarkan meninggalkan kediaman masing-masing bermula hari ini.

"Pendandan rambut, salun kecantikan dan klinik haiwan juga akan dibenarkan kembali beroperasi hari ini," katanya.

Sementara itu, tambah beliau, perpustakaan, pejabat hartanah dan syarikat yang membekalkan perkhidmatan kepada orang ramai pula dibenarkan beroperasi mulai minggu depan.

Sumber: Berita Harian

 

Destination: