AnCasa Royale Pekan Tawar Penginapan Bak Istana Di Tepi Sungai Pahang!

December 03, 2019 - 02:39 PM


Ada Apa Dengan Pekan, Pahang?

Itu persoalan yang mula-mula berlegar di fikiran min bila mendapat jemputan khas daripada pihak AnCasa Hotels & Resorts, rangkaian hotel milik UDA Holdings Bhd (UDA), yang menawarkan penginapan 3 hari 2 malam di AnCasa Royale Pekan, Pahang.

Bila dengar je nama hotel ni ada perkataan 'Royale' atau dalam Bahasa Melayunya 'Diraja' terus teringat yang mungkin nama tu diberi bersempena dengan Pekan sebagai sebuah 'Bandar Diraja' untuk Negeri Pahang.

Jadi memang sesuailah nama tu untuk satu-satunya hotel bertaraf 4 bintang yang terletak di Pekan ni, kan!

Lebih menarik lagi adalah lokasi hotel ini yang begitu ekslusif sekali apabila dibina betul-betul di tepi Sungai Pahang iaitu sungai yang terpanjang di Semenanjung Malaysia serta bersebelahan sahaja dengan kediaman rasmi Ahli Parlimennya yang juga bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Untuk ke AnCasa Royale Pekan, Pahang dari Kuala Lumpur korang akan melalui Lebuhraya Pantai Timur (LPT) dan tempoh perjalanan dalam 3 jam 20 minit.

Kalau korang dari Kuantan, dalam setengah jam je dah boleh sampai ke Pekan.

Rakan-Rakan Media Sosial, Wakil BERNAMA & Encik Baharin Baharudin, Pengurus Besar AnCasa Royale Pekan (berkemeja putih)

Setibanya min dan beberapa lagi rakan-rakan media sosial dan wakil daripada BERNAMA (Agensi Berita Nasional Malaysia), kami disambut mesra oleh Pengurus Besar AnCasa Royale Pekan iaitu Encik Baharin Baharudin.

Masuk je ke lobi hotel, mata min terus terpaku dengan pelbagai peralatan muzik tradisional dan piano yang diletakkan di sebuah pentas mini.

Menurut Encik Baharin, setiap petang akan ada pemuzik jemputan yang memetik piano dan mendendangkan beberapa lagu untuk para tetamu hotel. Menarik, kan?

 

BILIK HOTEL LUAS & SELESA

Selepas masing-masing mendapat kunci yang telah disediakan, kami pun terus check-in bilik.

Kami semua diberikan bilik jenis Deluxe Premier yang berkeluasan 45sqm dan mempunyai sama ada sebuah katil king atau 2 katil super single.

Sesuai dengan status hotel bertaraf 4 bintang, segala kelengkapan di dalam bilik ini sememangnya nampak mewah dan elegan dengan warna-warna hitam, coklat, silver dan putih yang sekaligus membangkitkan suasana aman serta tenang je untuk beradu. Ala-ala beradu dalam istana gitu! Hehe...

Biliknya juga dilengkapi dengan Satellite TV Channels, Mini Fridge, Voicemail, Iron & Board, International Direct Dial (IDD), Tea & Coffee, pendingin hawa dan juga sejadah untuk tetamu solat.

Kemudahan di bilik airnya juga tak kurang hebat apabila turut disediakan sebuah tab mandi besar untuk tetamu membersihkan diri sambil bersantai.

Min paling seronok dan puas hati dapat stay di bilik AnCasa Royale Pekan ini adalah bila dapat lihat betapa panjang dan luasnya Sungai Pahang yang memang terkenal dengan pelbagai jenis ikan-ikan sungai seperti Ikan Patin dan Udang Galah. 

Walaupun mungkin air Sungai Pahang tidak jernih dan seakan warna 'teh ais', tetapi itulah keistimewaan airnya yang dapat kita rasakan menerusi kelazatan daging ikan Patin yang memang menjadi kegilaan ramai, lagi-lagi jika dimasak tempoyak atau pais. Sedapnya, favorit min tau lauk ni!

Berbalik kepada cerita bilik yang disediakan di AnCasa Royale Pekan, sebenarnya hotel ini mempunyai jumlah bilik keseluruhan 133 unit :-

- Deluxe Premier (45sqm) = 125 unit

 

- Family Suite (69sqm) = 2 unit

 

- Junior Suite (81sqm) = 4 unit

 

- Executive Suite (261sqm) = 1 unit

 

- Premier Suite (326sqm) = 1 unit 

Paling unik yang min perhatikan bilik-bilik di AnCasa Royale Pekan ini adalah setiap ruang dan dekorasinya dihiasi dengan corak dan fabrik daripada Kain Tenun Sutera Pahang yang sangat cantik dan halus sekali pembuatannya.

Malah, kalau korang ada peluang menginap di hotel ini cuba lihat betul-betul di dinding dan karpetnya yang banyak menggunakan motif 'Bunga Pekan' iaitu sejenis bunga putih seperti bunga Melur yang pernah dikatakan tumbuh subur di sepanjang tebing Sungai Pahang suatu ketika dahulu --- hinggakan bandar ini dinamakan sebagai 'Pekan'!

Korang pun mesti macam min juga kan ingat Pekan ni berasal daripada perkataan Inggeris iaitu 'town'? Hehehe...

 

HIBURAN KHAS UNTUK TETAMU

Selalunya kalau korang menginap di hotel, mesti rasa bosan sikit, kan? Yela apa je nak buat kat situ selain tidur dan berenang kat kolam renang hotel.

Tapi kalau korang stay dekat AnCasa Royale Pekan ni memang korang takkan rasa bosan. Sebab apa?Sebab di hotel ni ada macam-macam perkhidmatan yang menyeronokkan untuk korang cuba, antaranya :-

1) S2DIO SPORTS CAFE

Jika di waktu malam korang tak tahu nak buat apa, boleh je datang ke S2dio di tingkat 2 hotel ini untuk berhibur dan layan persembahan live pada setiap hari Khamis, Jumaat & Sabtu, dari pukul 9.30 malam 1 pagi.

Turut disediakan di sini ialah set karaoke untuk tetamu menyanyi dan ruang bagi mengadakan private event atau sambutan hari jadi dengan kapasiti 40 orang.

 

2) ANCASA CEMARA PURI SPA 

Pada hari pertama lagi, min telah diberi peluang untuk mencuba sendiri rawatan di satu-satunya spa yang ada di AnCasa Royale Pekan ini. 

Di spa ini, tetamu boleh memilih untuk melakukan rawatan urutan badan, kaki, muka, skrub dan body-wraps menggunakan campuran rempah-ratus dan essential oil.

Min memilih urutan satu badan yang dilakukan oleh tukang urut berasal dari Pekan sendiri yang bernama Ina. ini.

Gadis berusia 25 tahun ini bukan sahaja pandai mengurut pelanggannya dengan urutan tradisional Melayu, bahkan dia juga boleh mengurut teknik Bali dan Thai.

Sesi urutan berlangsung selama sejam dan ia hanya menelan kos RM130 sahaja. Memang berbaloi dan sakit-sakit badan semuanya hilang. Seronok betul rasanya. Ini baru betul-betul cuti dan manjakan diri!

 

3) GALERI TUN ABDUL RAZAK

Memandangkan di hotel ini ada beberapa dewan untuk mengadakan mesyuarat atau majlis keraian lain, pihak hotel turut menyediakan sebuah Galeri Tun Abdul Razak bagi memberi peluang kepada peserta atau tetamu menghabiskan masa senggang mereka dengan menyelusuri kisah perjuangan Perdana Menteri Kedua Malaysia iaitu Tun Abdul Razak yang terletak bersebelahan dewan-dewan berkenaan.

 

4) GIMNASIUM 

Tetamu juga boleh bersenam di gimnasium yang disediakan di tingkat 2 hotel ini. Di sini juga ada disediakan sebuah bilik bercermin untuk tetamu berzumba dan menari.


5) LOBBY LOUNGE 

Setiap petang para tetamu dapat menikmati alunan muzik dan persembahan piano oleh pemuzik jemputan di Lobby Lounge yang luas ini.

 

6) KOLAM RENANG & TAMAN DI TEPI SUNGAI PAHANG

Bagi min, kawasan kolam renang, taman dan playground yang ada di AnCasa Royale Pekan benar-benar merupakan bonus dan credit point untuk hotel ini.

Mana taknya, selain kolam renang yang besar untuk golongan dewasa dan kanak-kanak, ibu bapa juga boleh bermain bersama anak-anak di kawasan taman yang luas dan playground menghadap Sungai Pahang.

Lagi-lagi kalau menghabiskan masa di sini pada sebelah petang, memang santai sungguh bila kena angin yang sepoi-sepoi bahasa.

 

7) SAFFRON BRASSERIE

Patin Tempoyak & Sambal Hitam - Hidangan Khas Pahang

Kalau bab makan, korang tak perlu risau kerana terdapat Saffron Brasserie yang menghidangkan pelbagai hidangan tempatan yang rugi sekiranya korang tak cuba seperti Patin Tempoyak, Sambal Hitam, Puding Raja dan paling menarik di AnCasa Royale Pekan ini korang wajib pekena signature dish mereka iaitu 'Roti Naik' yang dimakan bersama kari ayam. Memang terangkat beb!

Roti Naik - Signature Dish AnCasa Royale Pekan

Istimewanya roti yang diadun sendiri oleh Chef Zamri ini sangat lembut dan mempunyai tekstur serta rasa seakan-akan roti kentang.

Puding Raja - Dessert Popular Pekan Wajib Cuba!

Kalau korang menjamu selera di sini, korang juga boleh memilih untuk makan di bahagian luar restoran yang lebih cantik pemandangannya menghadap Sungai Pahang. Memang layan habis!

Betullah kata orang 'Tak Kenal Maka Tak Cinta'.

Selepas menginap di AnCasa Royale Pekan selama 3 hari 2 malam dengan pelbagai aktiviti dan pengisian program yang diatur sendiri oleh pihak hotel, membuatkan min jatuh cinta dengan Bandar Diraja ini.

Untuk maklumat mengenai aktiviti apa yang disediakan pihak AnCasa Royale Pekan kepada kami akan min ceritakan dalam entry selepas ini.

Kalau korang ada kerja di kawasan berhampiran Pekan atau nak buat weekend getaways ke sini, bolehlah cuba untuk menginap di AnCasa Royale Pekan dan rasai sendiri pengalaman serta keseronokan yang min gambarkan seperti bercuti di resort peranginan atau tak keterlaluan ibarat menginap di istana raja! Memang berbaloi!

FAKTA RINGKAS

ANCASA ROYALE PEKAN PAHANG

ALAMAT: 2670, Jalan Pekan-Kuantan, 26600 Pekan, Pahang

TEL: 09-424 6600

FAX: 09-424 6700

TEMPAHAN TALIAN BEBAS TOL: 1-300-880-032

WEBSITE: www.ancasahotels.com.my/royale-pekan

 

 

Destination: