The Resident Etihad Airways – Tiket Penerbangan Paling Mahal Di Dunia
TERKINIEtihad Airways, syarikat penerbangan kedua terbesar di UAE dan berpangkalan di Abu Dhabi bukanlah sebuah nama asing dalam dunia penerbangan dan pelancongan.
Baru – baru ini, seorang YouTuber yang tidak asing lagi, Casey Neistat telah memuat naik sebuah video tentang The Resident yang merupakan tiket penerbangan yang termahal di dunia iaitu $31,000 untuk seorang dan $41,000 untuk dua orang. Iya, harga tiket The Resident ini mencecah RM130 ribu!
Pilihan tiket The Resident yang ditawarkan oleh Etihad Airways ini ternyata diluar jangkauan. Tak pernah terfikir langsung yang sebuah penerbangan boleh menjadi semahal dan semewah ini (selain penerbangan peribadi).
Kenapa Sampai Ratusan Ribu?
Pertama, ia ala-ala bilik hotel di dalam sebuah pesawat! Ada ruang tamu, ada bilik air khas, bilik tidur dan ada butler peribadi!
Selain kemudahan yang serba lengkap, setiap penumpang yang mengambil pakej The Resident mendapat nota selamat datang yang ditandatangani oleh juruterbang! Memang personal habis!
Unit The Resident ini terdapat di pesawat besar jenis A380 dan setiap tempat duduk yang ditempah, didatangkan dengan baucer wifi, headset, set baju tidur dan set baju lounge.
Jom kita tengok pengalaman Casey dalam perjalanan dia dari Abu Dhabi ke New York baru – baru ini.
Youtube | Casey Neistat