Kilang Kopi Vietnam Didapati Campur Tanah Dan Bahan Kimia Kedalam Kopi Sejak 2016!
TERKINIMenurut worldatlas, Vietnam merupakan salah satu daripada 5 negara pengeluar kopi terbanyak di seluruh dunia selain Brazil, Indonesia, Colombia dan Ethiopia dan kopi Vietnam boleh dikatakan ada peminatnya tersendiri dalam kalangan traveller yang menggemari kopi. Ada yang ke Vietnam semata-mata untuk merasai kopi 'original' Vietnam.
Sebuah perusahaan kopi milik ‘anak – beranak’ di Vietnam baru – baru ini didapati bersalah kerana menghasilkan kopi murah dengan mencampurkan debu, tanah serta bahan kimia bateri kedalam kopi mereka sebelum dijual.
Selepas mendapat maklumat dari penduduk sekitar, perusahaan milik sekeluarga di Vietnam ini diserbu pihak berkuasa di Dak Nong dan menemukan 12 tan ‘kopi kotor’.
Selain daripada kopi yang sudah sedia untuk dijual ini, serbuan juga turut menemukan beberapa bahan mentah yang digunakan untuk dicampurkan kedalam serbuk dan biji kopi mereka iaitu 35 kilogram serbuh hitam yang dikeluarkan dari bateri dan beberapa botol cecair hitam seberat 10kg.
Laporan yang dibuat oleh media tempatan Vietnam, Tuoi Tre News ini turut mendedahkan yang pemilik akan membeli biji kopi yang ‘reject’ dari kilang ataupun ladang kopi dengan harga murah sebelum mencampurkan kopi berkenaan dengan serbuk kotoran dan mewarnakan kopi berkenaan hitam menggunakan cecair yang ditemui dalam serbuan tersebut.
Serbuk yang dimaksudkan adalah bahan kimia yang dipanggil manganese dioxide yang biasanya terdapat di dalam bateri dan ini boleh mengakibatkan kecacatan atau memberi kesan kepada otak jika terdedah untuk jangkamasa yang lama.
Namun begitu, pihak berkuasa Vietnam gagal menemukan sebarang bukti yang kopi mereka digunakan atau dijual sebagai minuman mahupun untuk dimakan. Jadi mereka tidak boleh mengambil sebarang tindakan.
Nota Editor : Berhati – hatilah dalam membeli kopi di mana – mana lokasi di luar negara terutamanya apabila wujud sebarang keraguan dan sebagainya.