30 Info Menarik Tentang Kemewahan Dubai & Abu Dhabi Dikongsi Lelaki Ini!

GAYA HIDUP
January 21, 2020 - 02:30 PM


Dubai dan Abu Dhabi antara kota mewah di Emiriah Arab Bersatu (UAE) yang sering menjadi impian percutian oleh masyarakat antarabangsa.

Ramai yang tertarik dengan kemewahan di kedua-dua kota ini, malah Dubai juga telah dinobatkan sebagai salah satu bandar terbaik dunia untuk dikunjungi para pelancong pada tahun 2020 oleh Lonely Planet.

Namun adakah korang tahu bahawa banyak lagi fakta mengenai Dubai & Abu Dhabi yang masih belum diketahui ramai. 

Dan menerusi Twitter, seorang lelaki bernama Mohd Asri Dungun telah berkongsi 30 info yang jarang diketahui ramai tentang kedua-dua bandar kaya ini.

Menurut beliau, perkongsian itu sebenarnya diceritakan kepadanya oleh seorang tour guide ketika beliau berada di sana. Sejauh mana kebenarannya tidak dapat disahkan.

Kredit Foto: Instagram Mohd Asri Dungun

Apa-apa pun jom baca perkongsian lelaki ini di bawah:-

1. Presiden Dubai yang pertama bermimpi untuk membina bandar di padang pasir. Ilham dari mimpi itu, beliau bina sebuah negara yang pesat membangun. Mimpi kedua beliau lagi extreme dari ni.

2. Perkataan “Dubai” derives from peribahasa Arabic “Daba Dubai” yang bermaksud “dan mereka datang membawa kekayaan dan kemewahan (duit)”.

3. Burj Khalifa merupakan menara tertinggi di dunia sekarang. The elevator can reach to 124th floor in 60 seconds. Ramai yang tak tahu yang menara ini ada lebih 20 tingkat di bawah tanah untuk menampung ketinggian menara ini.

4. Semua franchise popular di dunia ada di sini. Dari Prada, Rolex, Swarovski, Galleries Lafayette – semua ada. Termasuklah Burger Fuel. Burger tersedap di alam semesta keluaran New Zealand.

5. Istimewa kepada penduduk asal Dubai, kerajaan menyediakan rumah banglo khas percuma kepada semua pengantin baru dan mereka ditempatkan di satu kawasan perumahan mewah tidak jauh di bandar. Kerajaan akan sediakan rumah yang lebih besar jika mereka mendapat cahaya mata.

6. Dubai sekarang sedang bersedia untuk Expo 2020 di mana mereka akan mempamerkan bandar ini sebagai bandar maju yang berteknologi tinggi kepada dunia. Antara yang menarik yang bakal mereka perkenalkan ialah driver-less teksi terbang. Sudah siap, akan release next year.

7. Selain itu, Police Force di sini menggunakan Ferrari dan Lamboghini di jalan raya.

8. Saudi dalam usaha untuk membina menara lebih tinggi dari Burj Khalifa. Oleh kerana itu, mereka dalam proses pembinaan Dubai Creek Tower yang akan lebih tinggi dari Saudi. Ketinggian rasmi masih dirahsiakan. Akan dibuka 2021.

9. Government servant di sini bekerja lima ke tujuh jam sahaja sehari. Working hours pula akan ditolak dua jam sehari during the holy month of Ramadan.

10. Dubai Mall adalah pusat beli belah terbesar di dunia, terletak bersebelahan Burj Khalifa. Legend has it that it will take one week to cover all the stores dalam mall ni.

11. Burj Al Arab Hotel mempunyai bilik dari harga 2,000USD ke 25,000USD satu malam. Mempunyai sekuriti peribadi di setiap bilik dan hotel ini juga mempunyai Rolls Royce chaffeur service with drivers.

12. Kawasan perumahan mewah orang Emirati yang berada di bandar mempunyai rumah bagaikan istana, ada swimming pool. Jadi kerajaan Emirates memastikan tiada menara yang berdekatan dengan rumah mereka supaya kaum hawa tidak kelihatan mandi di kolam renang di rumah masing masing.

13. UAE mempunyai seven emirates – Dubai, Abu Dhabi (capital city), Ajman, Fujairah, Ras Al Khaimah, Sharjah and Umm Al Quwain. Setiap emirates mempunyai presidennya sendiri dan setiap emirates mempunyai undang-undang sendiri. Cara pemilihan presiden bukan melalui pilihanraya tapi cara feudal.

14. Menurut sejarah, orang tempatan Dubai dahulunya pemburu mutiara dan berkembang maju selepas penemuan sumber petroleum.

15. Populasi penduduk di Dubai adalah terdiri daripada pelbagai latarbelakang dan negara, seperti Pinoys dan Indians, Itali. Home to one of the world’s highest percentage of immigrants.

16. Mereka ada kejiranan untuk semua kaum, Contohnya satu kawasan hanya khas untuk penduduk dari Itali. Jadi mereka membina mall dengan bercirikan artitecture Itali di kawasan kejiranan Itali dan di situ juga penuh dengan kedai dan restoren Itali. Budaya inklusiviti sangat ditekankan disini.

17. Tiada toll gate, hanya perlu tampal stiker pada cermin kereta dan top up melalui telefon bimbit dan setiap kali melalui jalan bertol, mereka akan detect melalui sticker. Jika sudah tiada kredit, mereka akan hantar pesanan melalui SMS. Sistem yang seakan sama seperti di New Zealand.

18. Warna padang pasir ada dua – biege dan merah. Bergantung pada kandungan sodium dan iron.

19. Mereka ada tempat simpanan kereta yang bernama “Confiscated Vehicle Yard” yang mana kereta kereta yang melebihi hadlaju akan dikenakan denda dan jika gagal membayar, kereta mereka akan ditarik dan disimpan disana.

20. Hujung minggu mereka ialah pada hari Jumaat dan Sabtu.

21. Di tengah bandar Dubai, kami nampak masjid every 200 meters.

22. Ada satu salon lelaki yang bernama Diva, dengan semua pekerja lelaki. Untuk dandanan rambut, misai dan janggut.

23. Highway di Dubai mempunyai lapan lorong.

24. Penduduk yang menginap di Twisted Tower akan mendapat empat pemandangan berbeza sehari kerana menara ini berpusing.

25. Dubai tiada alamat, zip kod, postal kod sistem sehinggalah pada tahun 2015.

26. Mereka dalam pembinaan lagi satu Jumeira Palm dan akan menjadi palm lebih besar dari palm sedia ada.

27. Haa yang ni menarik sikit. Lelaki luar UAE kalau kawin orang sini, kerakyatan yang perempuan akan terlucut dan dia akan menjadi warga negara yang lelaki. Tiada hak istimewa whatsoever kepada yang perempuan.

28. Berbeza dengan kalau perempuan dari luar UAE if she wants to marry an Emirati, dibenarkan. Tapi tour guide kami cakap more than half orang lelaki Emirati workaholic dan lebih suka berseronok dengan kawan kawan, meninggalkan isteri di rumah. Begitulah huhu.

29. Dubai dan Abu Dhabi sedang dalam usaha untuk menjadi capital city of the world dan mereka sangat bersaing untuk memajukan negara supaya lebih hebat dari seluruh negara maju di seluruh dunia menggunakan sumber kekayaan mereka.

30. Mimpi kedua Presiden Dubai ialah beliau ingin membina sebuah bandar bernama Dubai City on the moon. Proses perlaksanaan katanya sudah dimulakan. Haha wallahualam.

Sumber: Twitter @MohdAsriDungun

 

Destination: