Kuota Jemaah Haji Malaysia Ditambah

TERKINI
January 22, 2020 - 03:43 PM


Kuota rasmi Jemaah Haji untuk Malaysia bagi tahun ini 1441 Hijrah meningkat dari 30,200 orang Jemaah kepada 31,600 orang.

Penembahan kuota 1,400 orang itu diperolehi selepas rundingan yang dilakukan oleh pihak Tabung Haji, kerajaan Malaysia dan kerajaan Arab Saudi berikutan peningkatan populasi penduduk negara.

Kuota jemaah haji ini diputuskan oleh OIC ( Pertubuhan Kerjasama Islam ) dan ia akan mendapat kuota sebanyak 0.01 peratus dari jumlah pipulasi penduduk. Menurut statistic Pertubuhan Bangsa – Bangsa Bersatu pada 2017, penduduk Malaysia telah meningkat kepada 31,600,000.

Berita baik ini disampaikan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri,  Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa dan tambahnya lagi, apabila menerima penambahan kuota, pihak TH sudah bersedia akan perkara ini. 

Dengan penambahan kuota rasmi ini,  secara tak langung ia akan dapat mengurangkan jumlah mereka yang menunggu untuk menunaikan ibadah haji bagi musim haji terutamanya untuk tahun ini (1441H) dan tahun-tahun berikutnya, sekali gus memendekkan tempoh giliran jemaah yang menunggu.