5 Restoran Cina Halal Di Kuala Lumpur Untuk Makan Besar Sempena Tahun Baru Cina
FOODIESeperti kebiasaan, sehari sebelum perayaan Tahun Baru Cina akan ada ‘makan besar’ dimana seluruh ahli keluarga atau kawan – kawan akan berkumpul dan menjamu selera bagi menyambut kedatangan tahun baru.
Dalam ketika kita hidup dalam masyarakat yang harmoni dan pelbagai ni, pastinya kita akan raikan bersama kawan dan rakan sekerja yang menyambutnya. Jadi, sekiranya anda perlu ‘organize’ makan – makan ni, ini ada senarai 5 restoran cina halal di sekitar Lembah Klang untuk makan besar nanti.
#1. Mohd Chan
Bila sebut tentang makanan cina halal, pastinya Restoran Mohd Chan menjadi pilihan ramai. Mula beroperasi di Malaysia sejak 2007, Restoran Mohd Chan kini mempunyai banyak cawangan di sekitar Lembah Klang.
Antara cawangan yang ada berdekatan ialah di Shah Alam, Kelana Jaya, Ampang dan lain – lain. Senarai penuh cawangan ada di laman web Mohd Chan.
Kalau nak rasai kemeriahan, boleh cuba Fruit Yee Sang dengan harga RM68 atau Abalone Yee Sang yang berharga RM88.
#2. Mohammad Chow
Seakan – akan sama dengan Mohd Chan, Restoran Mohammad Chow terletak di Damansara Perdana dan ia mempunyai pilihan menu yang agak banyak. Sesuai kalau nak makan beramai – ramai.
Istimewa untuk Chinese New Year kali ini, mereka ada sediakan Salmon Yee Sang! Kalau anda peminat Salmon, mungkin boleh cuba di restoran ini.
#3. Zuan Yuan Chinese Restaurant
Sekiranya anda nak merasai suasana yang agak eksklusif sedikit, boleh ke Zuan Yuan yang terletak di lobi One World Hotel.
Menu yang dihidangkan disini kebanyakkannya cantonese-style dan ada juga set festival serta dim sum. Anda boleh pilih dari tiga pilhan set yang ada 9 hidangan termasuk Sup Abalone, Butter Prawn, Salted Egg, Salmon Skin dan macam-macam lagi.
Untuk hidangan ini, disediakan sehingga 15 Februari dan harga ialah RM1888, RM2088 dan RM2238 untuk hidangan 10 orang.
#4. HOMST
Homst boleh dikatakan pelopor masakan cina muslim di Malaysia dan mula beroperasi pada tahun 2002.
Berdasarkan pengalaman, masakan disini sememangnya sedap sehinggakan tak tahu nak pesan mana satu.
Tips; cuba masakan ‘signature’ disini seperti Salted Egg Yolk Soft Shell Cran atau Assam Steam Fish!
#5. Amber Chinese Muslim Restaurant
Menawarkan masakan fusion Szechuan, apa yang kami suka tentang restoran yang terletak di The Nexus Bangsar ini adalah suasananya selain makanan yang sedap.
Sempena CNY kali ini, Amber ada juga sediakan makanan set untuk mereka yang berkumpulan iaitu Joyous Reunion Dinner. Set menu ini sesuai untuk 10 orang dan kesemuanya akan mempunyai makanan Szechuan asli seperti Kambing bakar, Nasi Goreng Yang Zhou dan lain – lain.
Set ini hanya tersedia sehingga 29 Februari dan untuk tempahan, perlu dilakukan 5 hari sebelum. Kami syorkan buat panggilan dahulu ke restoran ini kerana ia sentiasa penuh. Kalau taknak set, ala carte pun ada.