Bercuti Dengan Bergaya Di Lift Bali – Hotel Eco Pelancongan Terbaru!

February 19, 2020 - 04:30 PM


Lift Bali merupakan sebuah hotel butik yang juga merupakan sebuah eksperimen bagi mengurangkan kesan terhadap persekitaran disebabkan pelancongan di Bali. Selain menggunakan kos yang agak kecil, Lift Bali juga didirikan dalam tempoh masa yang singkat.

Terletak di Kampung Penestan, Ubud, hotel eco pelancongan ini direka oleh arkitek yang berpangkalan di Bali, Alexis Dornier dan ia sama sekali tidak menggunakan konkrit dan setiap lodging direka supaya melengkapi dan ‘sebati’ dengan persekitaran.

Peringkat awal, terdapat 3 lodge yang dibina dan dinamakan sempena tiga penulis hebat iaitu Ernest Hemingway, George Orwell dan Stanley Kubrick. Ketiga – tiga unit ini direka untuk menambat hati pengunjung yang cintakan alam sekitar namun dalam masa yang sama masih pentingkan keselesaan.

Setiap unit dilengkapkan dengan 4-buah katil, perabot yang ‘custom-made’ serta tingkap besar dari lantai ke siling bagi memberikan pemandangan hutan yang menghijau tanpa sebarang gangguan.

Jangan risau tentang privasi kerana setiap tingkap akan disediakan tirai kayu. Jadi, walaupun tingkapnya besar, ia masih memberikan privasi kepada semua tetamu.

Sementara itu, rekaan taman di Lift Bali ini mempunyai sauna kecil, kolam renang, kerusi malas serta kawasan untuk rekreasi. Untuk mereka yang minat yoga, turut disediakan kawasan khas untuk aktiviti tersebut.

Tempahan boleh dilakukan di Airbnb dan harga permulaan adalah RM189 +/- untuk satu malam. 

Best jugak tengok gambar - gambar diorang yang dah kesini...

 

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Мы много путешествуем и пожили уже в достаточно различных апартаментах. Но этот дом ... он признан лучшим в нашем списке, и кстати не самым дорогим. На большущей территории всего три домика. И все они абсолютно разные. Мы жили в доме который назывался в честь Эрнеста Хемингуэя. Да, тут у каждого домика своё имя 😃. Высота 12 метров. Было достаточно прикольно жить в небольшой избушке высоко над землей, с невероятным видом из окна на рисовые поля. Особенно интересны ощущения, когда просто перемещаешься по комнате, и вся эта конструкция немного пошатывается 😃 ууух... @lift_bali #bali #baliindonesia #baliisland #indonesia #seminyak #бали #сказочноебали #paradise #balilife #ubud #ubudlife #bukit #uluwatu #liftbali

A post shared by Iuliana (@juliana_yula) on


Boleh klik di sini untuk tempahan : Tempah Sekarang

Photo Credit : Kie | Airbnb

Destination: