Undang – Undang Di Maldives Yang Perlu Anda Tahu Sebelum Bercuti Ke Sana

February 27, 2020 - 03:31 PM


Maldives, atau nama rasminya Republik Maldives meruoakan sebuah negara kepulauan yang mempunyai gugusan kepulauan terumbu karang yang terletak di Lautan Hindi, kira – kira 700 kilometer ke arah barat daya Sri Lanka.

Secara keseluruhan, terdapat 1,192 buah kepulauan kecil dan daripada jumlah itu, hanya kira – kira 200 pulau sahaja dihuni oleh manusia.

Keunikan dan keindahan Maldives ini bukan sahaja terletak di daratan tetapi juga dilautan dan disini terdapat kira – kira 5 peratus daripada terumbu karang yang mempunyai warna yang pelbagai dari jenis karang lembut dan juga keras.

Dek kerana Maldives ini terkenal dengan keindahannya, ia sering menjadi tumpuan pelancong untuk menikmati keindahan lautan dan atas sebab yang sama juga ramai selebriti dan orang awam memilih pulau ini untuk destinasi meraikan ulangtahun perkahwinan dan bulan madu.

Walaupun penduduk asal disini dipercayai dari bahagian selatan India dan Sri Langka, kepulauan disini sering menjadi pesinggahan pedagang dari Arab, Indonesia, China dan lain – lain. Bahasa utama yang digunakan adalah Dhivehi atau dipanggil Maldivian, Arab, Hindi dan juga Bahasa Inggeris.

Ramai yang tidak mengetahui, sebenarnya agama rasmi di Maldives adalah Islam dan disebabkan itu, ada beberapa peraturan atau undang – undang yang perlu pengunjung atau pelancong patuhi seperti cara berpakaian dan lain – lain. Sekiranya ia dilanggar, anda mungkin berdepan dengan tindakan undang – undang atau disoal pihak berkuasa.

Kalau nak diikutkan, Maldives telah membataskan pergerakan pelancong dan hanya dibenarkan berada di sekitar pulau dan ianya terpisah dengan pulau utama yang majoritinya dihuni oleh orang muslim.

Antara pantang larang yang perlu diketahui ialah :

#1. Batas Pergaulan

Iya, batas pergaulan antara suami dan isteri, walaupun mempunyai ikatan yang sah diminta tidak menunjukkan aksi kemesraan yang keterlaluan.

#2. Pemakaian

Bikini hanya dibenarkan di resort atau kapal persiaran.

#3. Larangan memegang terumbu karang

Perkara ini sebenarnya bukan di Maldives sahaja, tetapi digunapakai di semua kawasan yang mempunyai terumbu karang. Ada sesetengah terumbu ini amat sensitive dan ia berkemungkinan mati atau rosak sekiranya dipegang atau dipijak.

#4. Hari Kebesaran Islam

Sekiranya anda bercuti ke Maldives ketika hari raya atau bulan puasa, pastikan jaga adab dan sopan santun terhadap orang disana dalam erti kata lain, jangan ponteng puasa.

 

 

 

Destination: