Penerbangan Ke Malaysia, Singapura Dari Bandung Dibatalkan, Penerbangan Masuk Seperti Biasa

TERKINI
March 04, 2020 - 05:07 PM


Laporan laman berita tempatan, Kompas.com hari ini mengatakan beberapa penerbangan antarabangasa dari Lapangan Terbang Husein Sastranegara, Bandung, Jawa Barat dibatalkan dan ketiga – tiga penerbangan tersebut milik Citilink, AirAsia dan Malindo yang bertujuan ke Kuala Lumpur dan Singapura.

Namun begitu, menurut jurucakap Lapangan Terbang Bandung, pembatalan tersebut bukan dari pihak mereka, tetapi dari pihak syarikat penerbangan.

Selain itu, salah satu faktor pembatalan (selain khuatir jangkitan CORVID-19) adalah pembatalan hampir 50% daripada penumpang. Jadi, sekiranya ini berlaku, pihak syarikat penerbangan akan membatalkan penerbangan mereka.

Tambahnya lagi, setakat ini, tidak dapat dipastikan sama ada bakal ada pembatalan penerbangan keluar ke Singapura dan Malaysia dari Bandung dan mungkin secara kebetulan berlaku pada ‘low season’ untuk percutian.

Setakat ini, Lapangan Terbang Antarabangsa Husein Sastranegara masih beroperasi dan dibuka seperti biasa untuk penerbangan masuk dari dalam dan luar negeri.

Bagaimanapun, pihaknya akan menambah fasiliti saringan untuk menyekat kemasukan penumpang terutamanya yang mempunyai simptom – simptom berkaitan dengan COVID-19 dan menambah bilangan hand sanitizer, thermal scanner serta melakukan pemeriksaan suhu dengan lebih kerap.

Destination: