[VIDEO] "Mati Yang Dicemburui" - Wanita Meninggal Ketika Bertadarus Di Masjid Pada Bulan Mulia
TERKINISeorang wanita yang sedang khusyuk mengalunkan ayat suci Al-Quran di dalam majlis tadarus tiba-tiba rebah mencium bumi.
Difahamkan, kejadian tersebut berlaku di negara seberang bertempat di Masjid Jamie Baabusalaam, Bandung, Indonesia pada Ahad lalu.
Menerusi rakaman yang tular, terlihat wanita tersebut sedang membaca al-Quran sambil diperhatikan dan dikelilingi jemaah lain.
Mangsa kemudian tiba-tiba menundukkan kepala sebelum mendongak lalu terbaring tidak sedarkan diri.
Kejadian itu sempat membuat heboh jamaah. Salah satu pengurus DKM bernama Ate pada waktu kejadian, dirinya sedang di luar masjid, langsung masuk ke dalam untuk melihat kondisi Roro. Namun nyawa Roro memang tak tertolong. Ia meninggal di lokasi.
— detikcom (@detikcom) April 12, 2023
Creator: Widya pic.twitter.com/7ErWlrZkUh
Pengurus Dewan Kesejahteraan Masjid (DKM) yang bernama Ate berkata, mangsa berusia 67 tahun itu dikenali sebagai Roro Rohanah.
Menurut Ate, dia berada di luar masjid ketika kejadian berlaku sebelum bergegas masuk selepas mendengar kekecohan.
Roro merupakan salah seorang ahli majlis talkim yang sering mengunjungi masjid tersebut untuk menunaikan ibadah.
“Selepas selesai solat subuh wanita (Roro) itu akan mengaji. Dia selalu ke sini untuk belajar mengaji.
“Jenazah wanita itu terus dibawa ke rumahnya untuk dimandikan, dia juga dikebumikan pada hari yang sama,” katanya.
Sumber: Malaysia Dateline