Muzium Dipecah Masuk, Lukisan Van Gogh Hilang!

TERKINI
March 31, 2020 - 07:28 AM


Sebuah lukisan pelukis termasyur, Vincent Van Gogh dicuri di sebuah muzium yang terletak di Laren, Belanda pagi Isnin lalu.

Lukisan bertajuk “The Parsonage Garden at Nuenen in Spring 1884” didapati dicuri dari Muzium Singer di Laren apabila pencuri berkenaan memecah masuk pintu hadapan muzium tersebut.

Dihasilkan pada 1884, lukisan milik Van Gogh ini dipinjamkan dari Muzium Groniger.

Menurut laporan polis, dipercayai kejadian berkenaan berlaku kira – kira jam 3.15 pagi waktu tempatan dan pencuri dikatakan memecahkan pintu hadapan muzium berkenaan sebelum hanya mengambil lukisan tersebut.

Sejak awal bulan ini, muzium ini telah ditutup kepada orang ramai berikutan kebimbangan terhadap penularan wabak Covid-19.

Difahamkan, ini bukan kali pertama lukisan Van Gogh dicuri dari muzium di Belanda kerana kejadian kecurian lukisan ini pernah terjadi pada tahun 1991 dan ketika itu, 20 lukisan berjaya dibawa lari dan nilai kesemuanya sekitar USD 500 juta!

Dua daripada lukisan Van Gogh yang berjaya ditemukan semula..

Lukisan Van Gogh ini sememangnya ada nilainya tersendiri, walaupun pada mata kita berkemungkinan nampak biasa, tapi kepada mereka yang cintakan seni; ia mempunyai nilai yang tidak dapat digambarkan.

Untuk rekod, lukisan termahal milik Van Gogh yang pernah terjual adalah “Laboureur Dans Un Champ” pernah terjual pada harga USD81.3 juta dalam satu acara bidaan di New York.

Difahamkan, Van Gogh menyiapkan karya ini pada 2 September 1889, dan beliau ditemui mati dengan kesan tembakan di perut (tidak dapat dipastikan bunuh diri atau dibunuh) pada 29 Julai 1890.