3 ‘Normal Baharu’ Rakyat Malaysia Hasil PKP

GAYA HIDUP
April 28, 2020 - 12:26 PM


Seperti yang semua sedia maklum, Malaysia kini memasuki fasa ke-4 Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bermula 29 April sehingga 12 Mei.

Ini bermakna kita semua perlu terus berada di rumah dan mengamalkan jarak sosial serta mengamalkan kebersihan badan.

Setelah sebulan lebih kita melaksanakan PKP, sedar atau tidak kita sebenarnya sedang terbiasa dengan beberapa gaya hidup dan kebiasaan baharu atau dipanggil sebagai ‘new normal’ akibat wabak Covid-19.

Antara 3 ‘normal baharu’ yang bakal menjadi kelaziman dan amalan buat masa kini serta akan datang oleh rakyat Malaysia ialah:

1. Lebih Menghargai Masa Berkualiti Bersama Keluarga

Menjalani rutin harian yang sama setiap hari di dalam rumah seperti tidur, makan, menonton televisyen, membaca buku, memasak, membersihkan rumah dan sebagainya pasti membuatkan kita sedar bahawa selama ini kita sering sibuk bekerja di pejabat serta lebih banyak menghabiskan masa beraktiviti di luar bersama rakan-rakan.

Namun apabila berkurung di dalam rumah secara bersendirian tanpa kehadiran keluarga yang mungkin berada di kampung, akhirnya menyedarkan kita untuk sentiasa menghargai mereka terutama ibu bapa kita yang semakin dimamah usia.

Oleh itu, ramai yang menanam azam untuk lebih menghabiskan masa berkualiti bersama keluarga sebaik tempoh PKP ditarik balik semula nanti!

2. Lakukan Segala Aktiviti Bagi Kelangsungan Hidup Secara Online

Sejak hari pertama PKP 18 Mac lalu, pasti ramai yang sudah terbiasa melakukan segala aktiviti harian secara dalam talian sahaja.

Malah perkataan seperti ‘Work From Home’ juga seakan sudah menjadi normal bagi mereka yang masih meneruskan pekerjaan dari rumah demi kelangsungan hidup.

Anak-anak yang masih bersekolah atau menuntut di Institut Pengajian Tinggi (IPT) juga mungkin sudah semakin serasi dengan sesi pembelajaran secara online bersama guru dan rakan-rakan.

Bagi golongan peniaga pula, PKP bukanlah penamat kepada sumber mata pencarian mereka apabila segalanya kini proses jual-beli dilakukan di media sosial seperti Facebook, Instagram, Twitter dan WhatsApp.

Bahkan, bagi pasangan yang ingin berkahwin juga kini sudah boleh bernikah secara online!

3. Orang Ramai Mula Praktik Penjarakan Sosial

Sepanjang tempoh PKP, kita juga telah diajar untuk sentiasa mengamalkan penjarakan sosial dan beberapa amalan menjaga kebersihan diri daripada mengurangkan risiko jangkitan koronavirus.

Di semua kedai makan, pasaraya dan tempat-tempat awam, pemandangan orang ramai yang menjaga jarak antara satu sama lain juga sudah seakan normal dan menjadi kebiasaan di mana-mana.

Malah, ramai juga yang telah menjadikan penutup hidung dan mulut seakan ‘uniform’ rasmi sekiranya mereka ingin keluar rumah – selain memakai cecair pembasmi kuman (hand sanitizer).

Ia sekaligus menjadikan kedua-duanya sebagai barangan paling laris di pasaran bak 'pisang goreng panas'!

Namun malangnya masih ada sesetengah pihak yang tidak bertanggungjawab seakan 'menangguk di air keruh' dengan mengambil kesempatan menaikkan harga barangan tersebut dan sekaligus membebankan pengguna, termasuk di Malaysia.

Peka dan prihatin dengan masalah itu, MR DIY Trading Sdn Bhd (MR. D.I.Y.) menjadi antara syarikat yang pertama mengambil inisiatif sejak awal tahun lagi dengan mengagihkan sejumlah 3.5 juta penutup hidung dan mulut percuma kepada pelanggan dan orang ramai yang datang ke kedainya di seluruh negara.

Disebabkan sehingga kini penutup hidung dan mulut masih menjadi alat perlindungan diri yang terpenting untuk orang ramai mengelak daripada dijangkiti coronavirus -- MR. D.I.Y. sekali lagi melakukan inisiatif bagi memberi peluang kepada pelanggannya membeli face mask dengan harga yang berpatutan dengan membuat tawaran diskaun sebanyak 29 peratus untuk pembelian sekotak face mask. 

Bermula 23 April ini, MR. D.I.Y. menawarkan pembelian sekotak penutup hidung dan mulut yang mengandungi 50 keping, pada harga RM49 berbanding harga asal iaitu RM69.

Bagi pembelian, pengguna boleh mendapatkannya di kedai-kedai MR. D.I.Y. terpilih yang dibuka ketika tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di seluruh negara atau membelinya secara online di:

1. Website -- www.mrdiy.com.my

2. Shopee -- shopee.com.my/mrdiy2u 

3. Lazada -- www.lazada.com.my/shop/mr-diy

Untuk sebarang pembelian secara pukal ia hanya boleh dilakukan bagi pesanan melebihi nilai RM30,000.

Penutup hidung dan mulut yang ditawarkan oleh MR. D.I.Y adalah yang berkualiti tinggi, mempunyai 3 lapisan serta dilengkapi dengan Bacterial Filtration Efficiency (BFE) bagi melindungi anda daripada terkena jangkitan wabak coronavirus ketika berada di luar rumah.

Selain pemberian face mask percuma kepada pelanggannya, MR. D.I.Y. juga sebelum ini telah menyumbangkan sebanyak 1 juta penutup hidung dan mulut kepada Tabung COVID-19 The Edge dan 300,000 unit lagi khas kepada petugas di barisan hadapan atau frontliners yang bertungkus-lumus mengekang penularan wabak itu di Malaysia.

 

Destination: